MSWG Weekly Newsletter 29 June 2018 (BM)

Friday, 29 June, 2018

29.06.2018

 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PERAK CORPORATION BERHAD (“PCB”)

Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) PCB ke 27 telah diadakan pada 27 Jun 2018.

Ia dihadiri wakil MSWG. Oleh kerana liabiliti semasa PCB melebihi aset semasa sebanyak RM158.5 juta, Juruaudit telah menimbulkan keraguan terhadap keupayaan PCB sebagai usaha berterusan.

Sebelum AGM dimulakan pada hari itu, satu Notis Tambahan bertarikh 27 Jun 2018 telah diedarkan kepada para pemegang saham, meminta kelulusan mereka ke atas jumlah Yuran Pengarah yang disemak semula di bawah Resolusi 1 dan memperkenalkan Resolusi Khas untuk membatalkan kelulusan yang diberikan kepada dasar pembayaran gratuiti yang diluluskan dalam AGM yang diadakan pada 2017. Dalam Notis AGM bertarikh 30 April 2018, di bawah Resolusi 1, Syarikat mencadangkan peningkatan 10% dalam yuran para Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 walaupun Syarikat mengalami kerugian pada tahun kewangan itu.

Resolusi yang dipinda dan Resolusi Khas baru ini kemudiannya ditarik balik kerana notis yang diberikan kepada pemegang saham tidak mencukupi.

Keputusan pengundian resolusi AGM adalah seperti di bawah:

  1. Resolusi Biasa 1 berkaitan kenaikan yuran Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan bayaran yuran para Pengarah berjumlah RM441,650 tidak diluluskan oleh pemegang saham Syarikat.
  2. Resolusi Biasa 2 berkaitan pembayaran manfaat Pengarah sehingga RM150,000 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan untuk tempoh sehingga AGM Syarikat yang berikutnya juga tidak diluluskan.
  3. Resolusi Biasa 3 dan 4 ditarik balik. Dato’ Dr Vasan a/l Sinnadurai dan Datuk Dr Wan Norashikin binti Wan Noordin bersara dalam AGM dan memilih untuk tidak bertanding semula.
  4. Resolusi Biasa 6 juga ditarik balik. Tuan Haji Ab Rahman bin Mohammed mengemukakan peletakan jawatan beliau sebagai Pengarah PCB berkuat kuasa selepas tamat AGM tersebut.

Resolusi

Undi MENYOKONG

Undi MENENTANG

Keputusan

Jumlah undian

%

Jumlah undian

%

Resolusi 1

Untuk meluluskan kenaikan yuran Pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan pembayaran yuran Pengarah berjumlah RM441,650.

6,178,274

10.4310%

53,051,805

89.5690%

Tidak Dilaksanakan

Resolusi 2

Untuk meluluskan pembayaran manfaat Pengarah sehingga RM150,000 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan bagi tempoh sehingga AGM Syarikat yang akan datang

6,180,874

10.4356%

53,047,955

89.5644%

Tidak Dilaksanakan

Resolusi 5

Untuk melantik semula Tetuan Ernst & Young sebagai Juruaudit Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan memberi kuasa kepada Pengarah untuk menetapkan imbuhan mereka.

59,093,527

99.7716%

135,302

0.2284%

Tidak Dilaksanakan

Resolusi 7

Cadangan Memperbaharui Mandat Pemegang Saham untuk Transaksi Pihak Berkaitan yang Berulang berhubung Pendapatan atau Perdagangan.

6,195,124

97.8627%

135,302

2.1373%

Dilaksanakan

Resolusi 8

Cadangan Menerima Pakai Perlembagaan Baru Syarikat.

59,093,527

99.7716%

135,302

0.2284%

Dilaksanakan

 

[Sumber: Sebahagiannya daripada pengumuman PCB di laman web Bursa Malaysia pada 27 Jun 2018].

KOMEN MSWG:

Pemegang saham kini semakin prihatin terhadap imbuhan pengarah, terutama jika jumlahnya besar dan tidak sepadan prestasi kewangan syarikat. Kini, isu ini lazimnya dibangkitkan oleh para pemegang saham dalam AGM.

Dalam kes PCB, prestasi Kumpulan tidak memberangsangkan terutama dalam tempoh dua tahun kewangan terakhir, dengan kerugian yang boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti masing-masing berjumlah RM15.6 juta dan RM174.9 juta bagi TK2016 dan FY2017. Bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018, Kumpulan terus mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM11.4 juta. Satu lagi perkara serius yang wajar diberi perhatian adalah Juruaudit menimbulkan keraguan terhadap keupayaan PCB sebagai usaha berterusan.

Oleh itu, pemegang saham telah menyuarakan mesej yang jelas dan mengundi membantah Resolusi 1 dan 2 yang berkaitan yuran dan manfaat pengarah. Bagi Resolusi 2, penolakan ini bukan sahaja untuk manfaat pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, tetapi juga merangkumi tahun kewangan semasa 2018 sehingga AGM yang akan datang.

Suatu pengajaran lain daripada peristiwa ini adalah mana-mana resolusi yang dipinda atau resolusi baru yang akan diperkenalkan dalam AGM perlu disampaikan kepada pemegang saham dengan notis yang mencukupi. Lembaga Pengarah perlu sedar tentang perkara ini atau dinasihatkan sewajarnya.

 

FELDA GLOBAL VENTURE HOLDINGS BERHAD (“FGV”)

FGV mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) ke-10 pada 28 Jun 2018 dan telah dihadiri oleh wakil MSWG.

Keputusan pengundian untuk resolusi AGM ditunjukkan di bawah:

Resolusi 6 untuk melantik semula Dato’ Sri Abu Bakar bin Harun yang bersara menurut Artikel 94 Tataurusan Syarikat telah dicadangkan oleh Pengerusi pada mesyuarat itu dan kemudiannya ditarik balik oleh Lembaga FGV disebabkan ketiadaan penyokong untuk cadangan itu. Memandangkan perkara  ini mencerminkan sentimen pemegang saham, Pengerusi mengisytiharkan Resolusi 6 ditarik balik dan tidak ada bantahan daripada para pemegang saham yang hadir pada mesyuarat itu. Oleh itu, Dato’ Sri Abu Bakar bin Harun bersara sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif FGV dalam AGM.

Resolusi

Undi MENYOKONG

Undi MENENTANG

Keputusan

Jumlah undian

%

Jumlah undian

%

Untuk meluluskan bayaran yuran Pengarah berjumlah RM2,462,499.16 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

(Resolusi 1)

1,767,576,016

99.9942%

101,950

0.0058%

Dilaksanakan

Untuk meluluskan pembayaran sebahagian yuran Pengarah yang perlu dibayar kepada Pengarah Bukan Eksekutif sehingga RM1,118,400.00 dari tempoh 29 Jun 2018 sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat berikutnya yang akan diadakan pada 2019. (Resolusi 2)

1,767,575,016

99.9942%

102,950

0.0058%

Dilaksanakan

Untuk meluluskan pembayaran manfaat yang perlu dibayar kepada Pengarah Bukan Eksekutif berdasarkan struktur imbuhan seperti yang dinyatakan dalam Nota Penjelasan 4 bagi tempoh dari 29 Jun 2018 sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat berikutnya yang akan diadakan pada 2019.

(Resolusi 3)

1,767,553,226

99.9925%

133,040

0.0075%

Dilaksanakan

Untuk melantik semula Dato’ Zakaria Arshad yang bersara mengikut giliran menurut Artikel 88 Tataurusan Syarikat dan oleh kerana layak, menawarkan diri untuk dilantik semula. (Resolusi 4)

1,658,907,204

93.863%

108,462,662

6.1370%

Dilaksanakan

Untuk melantik semula Pengarah berikut yang bersara mengikut giliran menurut Artikel 94 Tataurusan Syarikat dan oleh kerana layak, menawarkan diri mereka untuk dilantik semula:

 

(i)    Dato’ Ab Ghani Mohd Ali (Resolusi 5)

 

(iii)  Datuk Wira Azhar Abdul Hamid (Resolusi 7)

 

(iv)   Datuk Dr. Salmiah Ahmad (Resolusi 8)

 

(v)    Dr. Mohamed Nazeeb P. Alithambi (Resolusi 9)

 

(vi)   Datuk Mohd Anwar Yahya (Resolusi 10)

 

(vii)  Dr. Nesadurai Kalanithi (Resolusi 11)

 

 

 

 

 

1,487,028,388

 

1,611,688,438

 

1,621,947,578

 

1,621,904,978

 

1,621,943,278

 

1,621,946,578

 

 

 

 

 

84.1506%

 

91.2407%

 

91.7423%

 

91.7403%

 

91.7421%

 

91.7423%

 

 

 

 

 

280,076,078

 

154,725,588

 

145,990,188

 

146,025,788

 

145,994,488

 

145,991,188

 

 

 

 

 

15.8494%

 

8.7593%

 

8.2577%

 

8.2597%

 

8.2579%

 

8.2577%

 

 

 

 

 

Dilaksanakan

 

Dilaksanakan

 

Dilaksanakan

 

Dilaksanakan

 

Dilaksanakan

 

Dilaksanakan

 

Untuk melantik semula Tetuan PricewaterhouseCoopers PLT sebagai Juruaudit Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk menentukan imbuhan mereka. (Resolusi 12)

1,620,695,678

91.6715%

147,241,788

8.3285%

Dilaksanakan

Cadangan menerima pakai Perlembagaan baru Syarikat. (Resolusi 13)

1,622,019,678

91.7469%

145,909,788

8.2531%

Dilaksanakan

Cadangan memperbaharui mandat pemegang saham untuk urusniaga berulang pihak berkaitan yang bersifat pendapatan atau perdagangan bagi FGV dan anak-anak syarikatnya (“Kumpulan FGV”) serta cadangan mandat pemegang saham bagi urus niaga berulang baru yang berkaitan pendapatan atau bersifat perdagangan bagi Kumpulan FGV. (Resolusi 14)

980,461,878

87.0406%

145,979,788

12.9594%

Dilaksanakan

Kuasa kepada Pengarah untuk memperuntukkan dan menerbitkan saham menurut Seksyen 75 Akta Syarikat, 2016. (Resolusi 15)

1,337,555,278

90.1600%

145,979,888

9.8400%

Dilaksanakan

 

[Sumber: Pengumuman FGV di laman web Bursa Malaysia pada 28 Jun 2018].

KOMEN MSWG:

Suatu contoh kes ‘klasik’ dan menarik sewaktu AGM, yang mana terdapat pencadang dan penyokong untuk semua resolusi kecuali Resolusi 6 yang mempunyai pencadang tetapi tiada siapa menyokong resolusi itu.

Tiada pemegang saham menyokong Resolusi 6 mungkin disebabkan pada awal AGM, wakil korporat daripada MSWG telah mempersoalkan status kehadiran Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Dato’ Sri Abu Bakar bin Harun, dalam mesyuarat lembaga. Beliau yang bertanding semula di bawah Resolusi 6, menghadiri 6 daripada 11 mesyuarat lembaga dan tidak hadir dalam semua 3 mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran. Situasi semakin serius apabila beliau tidak menghadiri AGM ini, lebih-lebih lagi apabila beliau bertanding semula sebagai pengarah dalam AGM berkenaan. Perkara ini jelas menimbulkan keraguan terhadap komitmen masa beliau sebagai pengarah.

Pemegang saham mungkin mengambil petunjuk daripada kebimbangan yang dibangkitkan. Oleh itu, tidak menghairankan jika tiada siapa menyokong Resolusi itu yang kemudiannya ditarik balik.

Pengajarannya di sini adalah para pengarah perlu mendedikasikan komitmen masa mereka untuk memenuhi tugas fidusiari sebagai pengarah. Jika gagal atau tidak dapat berbuat demikian, mereka perlu mempertimbangkan semula sama ada mereka patut memegang jawatan itu kerana ia tidak adil kepada Lembaga Pengarah dan syarikat serta semua pemegang kepentingan.


 

Penganalisa MSWG     

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN 

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di         dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

Language: