MSWG Weekly Newsletter 21 September 2018 (BM)

Friday, 21 September, 2018

21.09.2018

 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

KIM TECK CHEONG CONSOLIDATED BERHAD (“KTC”)

KTC mengumumkan peletakan jawatan En. Wee Hock Kee, Pengarah Bebas syarikat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko dan ahli Jawatankuasa Pencalonan pada 12 September 2018.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Pengerusi Lembaga, En. Wee telah menyatakan perkara berikut:

“Melihat perkembangan terkini dalam bilik mesyuarat yang mana peranan saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko tidak diendahkan, saya rasa saya tiada pilihan selain meletakkan jawatan. 

Lembaga Pengarah telah menolak nasihat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko yang berkaitan perkara perakaunan penting iaitu suatu penemuan audit yang ketara tentang kemerosotan nilai yang dilaporkan oleh juruaudit luar syarikat dalam Memorandum Semakan Audit. Kami selaku Jawatankuasa ini tidak dapat berkompromi dan segala cara untuk menyelesaikan pertikaian itu menemui jalan buntu. Kami tidak menafikan kebimbangan tentang penzahiran dan pelaporan bagi keputusan kewangan suku keempat 2018 yang tidak diaudit. Kegagalan lembaga dalam memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada kami (secara kolektif sebagai ahli Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko) telah memperkecilkan keberkesanan sumbangan kami sebagai lembaga pengawasan untuk pelaporan kewangan.

Oleh itu, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko bertanggungjawab sepenuhnya memecahkan kebuntuan ini dan jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah, seterusnya membuka jalan bagi pelantikan Pengerusi baharu bagi lembaga jawatankuasa pengawasan kewangan. Saya percaya saya sudah sedaya upaya memberikan khidmat terbaik kepada lembaga pengarah dan melaksanakan tanggung jawab fidusiari dengan jujur dan amanah dengan mengambil kira kepentingan KESEMUA pemegang saham.”

[Sumber: Pengumuman KTC di laman web Bursa Malaysia pada 12 September 2018]

 

KOMEN MSWG:

Kami ambil maklum namun berasa bimbang dengan alasan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Risiko (“ARMC”), Encik Wee Hock Kee, atas peletakan jawatannya. Alasan yang diberikan sangat jarang berlaku dalam dunia korporat Malaysia. Kami memuji tindakan Pengarah Bebas ini yang menyatakan alasan ‘sebenar’ perletakan jawatan beliau berbanding alasan klise yang sering diberikan oleh pengarah bebas, contohnya atas sebab-sebab kesihatan atau melibatkan diri dalam bidang lain.

Pengerusi ARMC, Encik Wee Hock Kee, adalah satu-satunya akauntan bertauliah dalam Lembaga Pengarah. Majoriti ahli Lembaga menolak cadangan ARMC mengenai perkara perakaunan penting (penemuan audit signifikan mengenai kemerosotan nilai yang dilaporkan oleh juruaudit luar dalam Memorandum Semakan Audit mereka).

Selepas pengumuman mengenai peletakan jawatan Pengerusi ARMC, Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa”) menyoal Syarikat tentang perkara tersebut.

Berdasarkan jawapan KTC kepada Bursa yang bertarikh 19 September 2018, kami mendapati penghutang pihak ketiga Syarikat yang tertunggak lebih 270 hari dalam Memorandum Ulasan Audit adalah RM4,926,961. Lembaga Pengarah juga mengumumkan mereka telah mengutip semula RM1,047,550 setakat ini, iaitu kira-kira 21% daripada jumlah tertunggak. Lembaga membuat kesimpulan bahawa mereka dan pihak pengurusan yakin penghutang perdagangan dapat diperoleh semula.

[Sumber: Pengumuman KTC di laman web Bursa Malaysia pada 19 September 2018].

 

Pengumuman ini merujuk pada penghutang perdagangan yang melebihi 270 hari tetapi kita tidak diberitahu tempoh sebenar. Adakah terdapat penghutang perdagangan yang tertunggak melebihi setahun? Jika ada, mungkin lebih baik jika syarikat membuat peruntukan kemerosotan nilai untuk sebahagian penghutang perdagangan ini, misalnya untuk yang tertunggak melebihi setahun, sebagai langkah disiplin kewangan yang berhemat. Lagipun, jika penghutang perdagangan tersebut berjaya dikutip, peruntukan kemerosotan nilai itu boleh diselaraskan semula. Jelas sekali, Lembaga yakin semua penghutang dagangan melebihi 270 hari dapat dikutip semula, dan oleh itu tidak membuat sebarang peruntukan.

Memandangkan Lembaga Pengarah telah menyatakan dalam pengumuman mereka yang mereka ‘yakin penghutang perdagangan ini dapat dikutip semula’, adalah lebih baik jika Lembaga pengarah dapat membuat pengumuman apabila semua penghutang perdagangan ini sudah dipulihkan, kerana ia menjadi isu yang menyebabkan Pengerusi ARMC meletakkan jawatan.

Lembaga Pengarah perlu mengambil kira risiko perbezaan yang melebihi 10% antara keputusan kewangan yang diaudit dan belum diaudit. Juruaudit luar boleh menggesa supaya peruntukan kemerosotan nilai dibuat ke atas penghutang perdagangan sebagai pra-syarat kepada pendapat audit yang bersih terhadap penyata kewangan yang diaudit. Sementara itu, kami menanti penyata kewangan Syarikat yang diaudit.

Senario dunia korporat Malaysia pasti bertambah baik jika lebih ramai Pengarah Bebas berani mengumumkan sebab sebenar mereka meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah.

 

MULTI SPORTS HOLDINGS LTD

Suruhanjaya Sekuriti (SC) menganggap tindakan Multi Sports Holdings Ltd mengekalkan Lin Huozhi dan Lin Liying sebagai pengarah eksekutif menjejaskan kepentingan awam.

Pengilang kasut yang beribu pejabat di China ini juga merupakan sebuah syarikat PN17. Pada Jun 2018 syarikat telah ditegur oleh SC kerana mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan dalam penyata kewangan kepada Bursa Malaysia. Ini melanggar seksyen 369 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007 (CMSA).

Dalam satu kenyataan, SC berkata mereka juga telah menegur Huozhi dan Liying serta bekas pengarah bebas bukan eksekutif Multi Sports, Wong Wang Lam, kerana dengan sengaja memberi kebenaran supaya syarikat mengemukakan penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan.

[Sumber: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/19/sc-takes-multi-sports-to-task-again/]

 

KOMEN MSWG:

Inilah cabaran yang dihadapi oleh pengawal selia dengan syarikat tersenarai yang diperbadankan di luar negara, menjalankan perniagaan di luar negara dan mempunyai pengarah warga luar negara. Ada beberapa isu bidang kuasa yang timbul. Malahan, kedua-dua pengarah eksekutif luar negara ini tidak dapat dikesan. Pemegang saham minoriti diingatkan tentang isu bidang kuasa dalam syarikat-syarikat seumpama ini dan perlu maklum dengan cabaran yang dihadapi oleh pelaburan mereka. Banyak syarikat tersenarai yang diperbadankan di luar Malaysia berdepan pelbagai isu dan masalah. Caveat Emptor. Pembeli (dan pemegang saham minoriti) perlu berhati-hati.

Dalam sesebuah syarikat tersenarai awam, pengarah dilantik oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung Syarikat sama ada AGM atau EGM. Kami mendapati pada 12 Jun 2018, Syarikat telah mengumumkan Laporan Tahunan yang dipinda dan Laporan Tadbir Urus 2017. Oleh itu, kami menjangkakan AGM akan diadakan tidak lama lagi. Kami menggalakkan semua pemegang saham menghadiri AGM dan melaksanakan hak mereka terutama dalam pelantikan dan pemilihan semula pengarah.

 

PLS PLANTATIONS BERHAD (“PLS” ATAU “SYARIKAT”)

Wakil MSWG menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PLS yang ke-31 pada 13 September 2018. Oleh kerana jawatan Pengerusi dalam Syarikat masih belum diisi, mesyuarat itu dipengerusikan oleh seorang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Hanya enam daripada sembilan Pengarah menghadiri AGM itu.

Kami mendapati AGM ke-30 Syarikat telah dipengerusikan oleh Pengarah Bebas Kanan. Kami juga mendapati ketiga-tiga pengarah yang tidak hadir dalam AGM ke-31 Syarikat ini juga tidak hadir dalam AGM ke-30.

 

KOMEN MSWG:

Jawatan Pengerusi dalam Syarikat masih kosong sejak peletakan jawatan bekas Pengerusi Syarikat pada Ogos 2013.

Dalam sesebuah syarikat, terutama syarikat tersenarai awam, Pengerusi memainkan peranan penting sebagai pemimpin yang mengendalikan tatakelakuan Lembaga Pengarah, termasuk mesyuarat lembaga serta memainkan peranan penting dalam memastikan integriti proses tadbir urus Syarikat. Melantik pengerusi secara bergilir-gilir dalam mesyuarat lembaga tidak memberikan kesinambungan yang diperlukan dan tidak dapat diramal kerana setiap pengerusi mempunyai pendekatan yang berbeza.

Kami mendapati ketiga-tiga pengarah tidak memberikan komitmen kerana tidak menghadiri AGM sepanjang dua tahun berturut-turut. Jika ada Pengerusi tetap, mungkin Pengerusi dapat memaklumkan pengarah-pengarah ini supaya menghadiri AGM.

Kami berharap Lembaga Pengarah akan lebih agresif dalam memilih calon yang sesuai untuk memegang jawatan Pengerusi daripada kalangan ahli-ahli mereka.

Kami juga berharap ketiga-tiga pengarah ini akan mencari masa untuk menghadiri AGM yang akan datang; satu-satunya peluang tahunan rasmi untuk bertemu para pemegang saham.


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG BAGI TEMPOH 24 HINGGA 28 SEPTEMBER 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

25.09.18 (Selasa)

11.30 pagi

Hai-O Enterprise Bhd 

(AGM)

Hotel Federal Kuala Lumpur, No. 35, Jalan Bukit Bintang, KL

26.09.18 (Rabu)

10.00 pagi

Olympia Industries Bhd

(EGM)

Hotel Istana Kuala Lumpur City Centre

28.09.18 (Jumaat)
11.30 pagi

Lay Hong Bhd 

 

Hotel Premiere, Bandar Bukit Tinggi 1/KS6, Jalan Langat, Klang

 

Beberapa perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Hai-O Enterprise Bhd 

(AGM)

Seperti yang dinyatakan dalam Penyata Aliran Tunai Kumpulan di halaman 105 Laporan Tahunan, Syarikat ada melupuskan dan membeli balik saham perbendaharaan dalam TK2018.

  1. Sila nyatakan alasan dan rasional di sebalik pelupusan dan pembelian balik saham ini?
  1. Apakah harga purata bagi saham perbendaharaan yang dilupuskan dan yang dibeli balik?

Olympia Industries Bhd

(EGM)

Kami ingin merujuk pada pertimbangan penilaian seperti yang dinyatakan di halaman 22 Surat Pemberitahuan Bebas dalam Pekeliling kepada pemegang saham bertarikh 30 Ogos 2018.

  1. Adakah faktor premium sebanyak 2.5% setingkat untuk setiap tingkat yang lebih tinggi daripada tingkat 1 mengikut norma industri, selepas mempertimbangkan lokasi dan jenis pembangunan hartanah itu?
  2. Selepas mempertimbangkan lokasi primer dan nisbah kepadatan yang rendah, adakah diskaun pukal 10% dianggap sesuai dalam perjanjian ini?

Adakah diskaun seumpama ini ditawarkan ketika syarikat menawarkan aset untuk dijual kepada pihak ketiga?

Bolehkah Lembaga jelaskan rasional untuk diskaun ini?

  1. Penyelesaian itu termasuk diskaun Bumiputera 5% untuk 4 daripada 12 unit semuanya.

Mengapakah syarikat memberikan diskaun tambahan sebanyak 5% (diskaun Bumiputera) kepada KH Estates Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Dutaland Berhad, memandangkan ini adalah perjanjian penyelesaian hutang dan bukan jualan langsung kepada pembeli Bumiputera individu seperti yang termaktub dalam syarat yang ketat yang dikenakan oleh pihak berkuasa?

Lay Hong Bhd 

(AGM)

  1. Halaman 6 Laporan Tahunan, di bawah Analisis dan Perbincangan Pengurusan (MD&A), dinyatakan bahawa operasi runcit hanya tertumpu di negeri Sabah. Operasi runcit mencatatkan kerugian yang lebih tinggi dalam TK2018 (TK2018: kerugian RM1.6 juta; TK2017: kerugian RM1.4 juta) walaupun mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi (TK2018: RM140.4 juta; TK2017: RM124 juta).
  1. Mengapakah operasi runcit hanya tertumpu di Sabah? Adakah syarikat mempunyai sebarang rancangan untuk meluaskan lagi operasi?
  2. Apakah strategi Kumpulan untuk memulihkan operasi dan bilakah ia dijangka akan menghasilkan keuntungan?
  3. Sejauh manakah pemansuhan GST memberi impak kepada perniagaan pada masa hadapan?
  1. Di bawah Bahagian Telur Cecair Pasteur, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutama daripada pengusaha konfeksi dan katering di Wilayah Selatan dan Singapura, Syarikat telah membeli sebuah kilang yang baru dibina di Iskandar Halal Park, Pasir Gudang, Johor, sebagai kemudahan pemprosesan telur kedua.
  1. Apakah kapasiti kemudahan pemprosesan telur kedua ini?
  1. Adakah Kumpulan dapat memenuhi permintaan semasa atau adakah akan ada lebihan kapasiti sementara dengan adanya dua kemudahan ini?
  2. Adakah terdapat sebarang rancangan untuk membina kemudahan lain di utara untuk menampung permintaan di wilayah itu dan/atau untuk memenuhi pertambahan eksport?      

SENARAI PEMERHATIAN MSWG

WESTPORTS HOLDINGS BERHAD (“WHB”)

KANDUNGAN SURAT PERTANYAAN BERKAITAN CADANGAN PEMEROLEHAN SEBIDANG TANAH PEGANGAN PAJAKAN DI BAWAH LAUT DI PULAU INDAH

Rujuk pengumuman Syarikat bertarikh 13 September 2018 dan pertanyaan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad bertarikh 14 September 2018 (“Pertanyaan”) berhubung isu yang sama.

[Sumber: Pengumuman WHB di laman web Bursa Malaysia pada 18 September 2018]

 

PARKSON HOLDINGS BERHAD (“Parkson” atau “Syarikat”)

PENGUMUMAN OLEH PARKSON RETAIL GROUP LIMITED (“PRGL”) - TRANSAKSI YANG BERKAITAN: PEMEROLEHAN 70% SYARIKAT YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN MENYEDIAKAN SKIM JUALAN KREDIT/ SEWA BELI

PRGL telah mengumumkan [kepada Bursa Saham Hong Kong Limited (“HKEx”)] bahawa pada 13 September 2018, Oroleon (Hong Kong) Limited (“Oroleon”), anak syarikat milik penuh PRGL, telah menandatangani perjanjian dengan Parkson Credit Holdings Sdn Bhd (“Parkson Credit Holdings”), sebuah anak syarikat milik penuh Syarikat, supaya Oroleon boleh memperoleh daripada Parkson Credit Holdings sebanyak 70% kepentingan ekuiti yang terdiri daripada 21,000,000 saham biasa dalam modal saham Parkson Credit Sdn Bhd pada pertimbangan berjumlah RM49,000,000 (“Pemerolehan”).

[Sumber: Pengumuman Parkson di laman web Bursa Malaysia pada 13 September 2018]


 

SENARAI WASPADA MSWG

Senarai syarikat PN17 dan GN3

Syarikat PN17:

  1. AMTEK HOLDINGS BERHAD
  2. APFT BERHAD
  3. ASIA KNIGHT BERHAD
  4. BERJAYA MEDIA BERHAD
  5. BERTAM ALLIANCE BERHAD
  6. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED
  7. DAYA MATERIALS BERHAD
  8. EKA NOODLES BERHAD
  9. HB GLOBAL LIMITED
  10. KINSTEEL BHD
  11. KUANTAN FLOUR MILLS BERHAD
  12. MAA GROUP BERHAD
  13. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
  14. MAXWELL INTERNATIONAL HOLDINGS BERHAD
  15. MULTI SPORTS HOLDINGS LTD
  16. PERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD
  17. PETROL ONE RESOURCES BERHAD
  18. STONE MASTER CORPORATION BERHAD
  19. SUMATEC RESOURCES BERHAD
  20. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
  21. UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BHD
  22. YFG BERHAD

 Syarikat GN3:

  1. G NEPTUNE BERHAD
  2. WINTONI GROUP BERHAD

Sila rujuk pautan di bawah untuk mengetahui status terkini syarikat:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/pn17-and-gn3-companies/


 

PERKEMBANGAN DAN BERITA TEMPATAN

Local equity extends gains on mounting optimism

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/21/local-equity-extends-gains-on-mounting-optimism/

New stream of money inflow for Malaysian Govt
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/20/new-stream-of-money-inflow/

Rubber to surpass palm oil contribution to economy

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/19/rubber-to-surpass-palm-oil-contribution-to-economy/

Zakaria resigns from FGV Holdings

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/18/fgv-announces-resignation-of-its-chief-executive/

Malaysia’s household spending to remain the key driver of GDP growth

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/18/malaysias-household-spending-to-remain-the-key-driver-of-gdp-growth/

Malaysian economy supported by strong fundamentals, says Lim

PERKEMBANGAN DAN BERITA LUAR NEGARA

China Really Wants You To Know Financial Opening Is Happening

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-09-21/china-really-wants-you-to-know-financial-opening-is-happening?srnd=markets-vp

What Happened This Week in the World Economy and What It Means

https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-09-20/what-happened-this-week-in-the-world-economy-and-what-it-means?srnd=markets-vp

Asean listed companies’ debt burden at all-time high

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/18/asean-listed-companies-debt-burden-at-all-time-high/

This Indian Bank Merger Must Put Strategy Before Size

https://www.bloomberg.com/view/articles/2018-09-18/this-indian-bank-merger-must-put-strategy-before-size?srnd=premium-asia

US and China ramp up trade threats

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/17/us-and-china-ramp-up-trade-threats/

Live Now: U.S. China Trade War: Analysis of Latest Developments

https://www.bloomberg.com/news/live-blog/2018-09-17/u-s-china-trade-war-analysis-of-latest-developments?srnd=markets-vp


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa Kanan,Khidmat Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN 

•           Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini, kecuali bagi Kim Teck Cheong Consolidated Berhad


MAKLUMBALAS

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: