MSWG Weekly Newsletter 10 August 2018 (BM)

Friday, 10 August, 2018

10.08.2018

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PERAK CORPORATION BERHAD (“PCB”)

PCB mengumumkan Animation Theme Park Sdn Bhd (“ATP”), anak syarikat 51% milik tidak langsung Syarikat mengumumkan secara rasmi penamatan Perjanjian Pelesenan bertarikh 1 Januari 2013, seperti yang dipinda, (“Perjanjian Pelesenan”) yang ditandatangani dengan DreamWorks Animation L.L.C. (“DreamWorks”) untuk menubuhkan dan mengendalikan tarikan DreamWorks dalam Movie Animation Park Studios (“MAPS”) berkuat kuasa 1 Ogos 2018.

Penamatan itu disebabkan ATP dan DreamWorks masih belum mencapai persetujuan untuk membuka tarikan DreamWorks kepada orang ramai pada 1 Ogos 2018. ATP mempunyai pilihan untuk melanjutkan Perjanjian Pelesenan kepada 30 September 2018 tetapi memutuskan untuk tidak melaksanakan pilihan itu bagi mempercepatkan pembukaan keseluruhan MAPS.

Merujuk penyata kewangan ATP yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, hak harta intelek berkaitan yang diperoleh di bawah Perjanjian Pelesenan yang diklasifikasikan sebagai aset tidak ketara mempunyai nilai bawaan berjumlah RM17.461 juta. Jumlah ini bersama-sama inventori berkaitan dan anggaran kos kemajuan pembangunan tarikan DreamWorks sebanyak RM15.735 juta akan dihapus kira dalam tahun kewangan semasa.

Lembaga Pengarah PCB berpendapat keputusan itu dibuat demi kepentingan ATP dan Kumpulan, untuk memastikan keupayaannya terus beroperasi dan menjana keuntungan.

[Sumber: Pengumuman PCB di laman web Bursa Malaysia pada 8 Ogos 2018]

KOMEN MSWG:

Kami maklum ATP akan bekerjasama rapat dan berpotensi memeterai perjanjian penamatan bersama DreamWorks bagi memastikan semua obligasi yang belum dijelaskan sepenuhnya dilaksanakan sehingga kedua belah pihak keluar dengan baik daripada Perjanjian Pelesenan ini. Namun kita tertanya-tanya siapakah pihak yang benar-benar bersalah dan sama ada akan timbul kemungkinan tuntutan ganti rugi oleh mana-mana pihak.

Kumpulan mencatatkan kerugian bersih RM11.4 juta bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2018 dan RM15.735 juta yang akan dihapuskira dalam tahun kewangan semasa akan menjejaskan lagi kedudukan kewangan Kumpulan. Ini menimbulkan kebimbangan serius dan menjadi pengajaran mahal yang memerlukan pencarian fakta serta siasatan lanjut bagi mengelakkannya daripada berulang.

Ada banyak persoalan yang perlu dijawab di sini. Adakah ini disebabkan kesilapan lalu dalam membuat keputusan perniagaan iaitu pada 2013? Sudahkah Syarikat melaksanakan kajian kebolehlaksanaan? Adakah Lembaga Pengarah sebelum ini dipertanggungjawabkan, walaupun sebahagian besar sudah tidak memegang jawatan itu?


 

TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 13 HINGGA 17 OGOS 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh dan Masa

Syarikat

Lokasi

14.08.18 (Selasa)
10.00 pagi

 

15.08.18 (Rabu)

9.30 pagi

 

15.08.18 (Rabu)

11.00 pagi

 

Media Chinese International Limited

 

Kuala Lumpur Kepong Bhd

 

 

Batu Kawan Bhd

Sin Chew Media Corporation Berhad, Cultural Hall, Jln Semangat, PJ

 

Wisma Taiko, No. 1, Jalan S.P. Seenivasagam, Ipoh, Perak

 

Wisma Taiko, No. 1, Jalan S.P. Seenivasagam, Ipoh, Perak

 

Beberapa perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Media Chinese International Limited

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur Kepong Bhd

 

 

Batu Kawan Bhd

Pada halaman 144 Laporan Tahunan, kami mendapati muhibah Sin Chew Media Corporation terjejas akibat rosotnilai berjumlah US$20,709,000. Peruntukan rosotnilai ini dibuat berikutan sentimen pengiklanan yang lemah dan perbelanjaan pengiklan yang lebih berhati-hati.

 

  • Melihat keadaan semasa industri media cetak yang mencabar, adakah muhibah anak syarikat akan mengalami pertambahan rosotnilai dalam TK2019?

 

  • Bolehkah Lembaga kongsikan dengan pemegang saham rancangan mereka pada masa depan untuk mengatasi cabaran perniagaan dalam industri media cetak?

 

Sila berikan butiran perubahan pada Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan sedia ada yang diguna pakai dalam Perlembagaan baharu untuk makluman pemegang saham minoriti dan semua pihak berkepentingan lain Syarikat.

 

Sila berikan butiran perubahan pada Memorandum dan Tataurusan Pertubuhan sedia ada yang diguna pakai dalam Perlembagaan baharu untuk makluman pemegang saham minoriti dan semua pihak berkepentingan lain Syarikat.

 

 

 

PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa Kanan, Khidmat Korporat, [email protected]


 

PENZAHIRAN KEPENTINGAN   

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali bagi Pasdec Corporation Holdings Bhd & Versatile Creative Bhd.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: