MSWG Weekly Newsletter 07 September 2018 (BM)

Friday, 7 September, 2018

07.09.2018

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

TA ENTERPRISE BERHAD

PEKELILING PEMBERITAHUAN BEBAS KEPADA PEMEGANG SAHAM TAWARAN (PEMEGANG YANG BERKAITAN TAWARAN PENGAMBILALIHAN MANDATORI BERSYARAT OLEH DATUK TIAH THEE KIAN (“PEMBUAT TAWARAN”) MELALUI TA SECURITIES HOLDINGS BERHAD UNTUK MEMPEROLEH KESEMUA BAKI SAHAM BIASA DALAM TA ENTERPRISE BERHAD (“TAE”) (“SAHAM TAE”) YANG MASIH BELUM DIMILIKI OLEH PEMBUAT TAWARAN DAN ORANG YANG BERTINDAK BERSAMA-SAMA DENGANNYA (“PACS”) (“SAHAM TAWARAN”) PADA HARGA TAWARAN TUNAI RM0.66 UNTUK SETIAP SAHAM TAWARAN.

Cadangan BDO Capital Consultants Sdn Bhd (“BDO CC”):

BDO CC berpendapat Tawaran ini TIDAK ADIL dan TIDAK MUNASABAH. BDO CC menasihati dan mengesyorkan supaya Pemegang Saham Tawaran MENOLAK Tawaran ini.

Cadangan Para Pengarah:

Para Pengarah yang tiada kepentingan tidak termasuk Jory Leong Kam Weng, adalah seperti berikut:

  1. Zainab Binti Ahmad
  2. Dato’ Sri Mohamed Bin Abid 
  3. Peter U Chin Wei 
  4. Christopher Koh Swee Kiat
  5. Datin Rahmah Binti Mahmood 

telah BERSETUJU dengan penilaian dan cadangan BDO CC bahawa Tawaran ini adalah TIDAK ADIL dan TIDAK MUNASABAH. Oleh itu, Pengarah-Pengarah yang Tiada Kepentingan mencadangkan supaya Pemegang Saham Tawaran menolak Tawaran ini.

[Sumber: Pengumuman TAE di laman web Bursa Malaysia (Pekeliling Pemberitahuan Bebas kepada pemegang Saham Tawaran berhubung Tawaran Pengambilalihan Mandatori Bersyarat) pada 30 Ogos 2018]

KOMEN MSWG:

Kami bersetuju dengan cadangan BDO CC dan Pengarah-Pengarah yang Tiada Kepentingan supaya PEMEGANG SAHAM TAWARAN MENOLAK tawaran tersebut.

 

SAPURA ENERGY BERHAD

Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang mendapat tumpuan atas sokongan kepada panggilan tunai berjumlah RM4 bilion dalam Sapura Energy Bhd, berkata ia meletakkan lebih banyak wang ke dalam syarikat minyak dan gas itu berdasarkan merit pelaburan.

Menolak pandangan yang mengatakan dana itu menyokong terbitan hak besar-besaran syarikat minyak dan gas (O&G) itu kerana Malayan Banking Bhd (Maybank) dipercayai merupakan salah satu pemiutang Sapura Energy, PNB menyatakan ia “hanya mengusahakan peluang pelaburan yang memenuhi kriteria dan objektif yang ketat untuk dana itu.”

“Kesemua peluang pelaburan yang dikemukakan kepada PNB dinilai sepenuhnya berdasarkan merit mereka sendiri.

“Dalam hal ini, kami percaya pelan permodalan semula Sapura Energy yang dicadangkan menawarkan PNB dan semua pemegang sahamnya dengan potensi pulangan yang kukuh, melihat kepada harga kemasukan yang menarik dan kedudukan syarikat yang akan mendapat manfaat daripada pemulihan industri O&G,” menurut jurucakap dana itu melalui balasan e-mel.

[Sumber: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/09/03/pnb-on-its-...

 

KOMEN MSWG:

Kami mengambil maklum sokongan PNB kepada terbitan hak Sapura Energy. Walau bagaimanapun, kami berharap PNB akan mempertimbangkan secara serius ganjaran Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan kerana perkara ini telah menjadi kebimbangan ramai pemegang saham termasuk pelabur institusi lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

MSWG berpendapat bahawa kepentingan pemegang saham tidak selaras dengan kepentingan pengurusan berhubung ganjaran yang diberikan kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

 

KHEE SAN BERHAD

Lembaga Pengarah Khee San Berhad memaklumkan bahawa KPMG PLT telah meletakkan jawatan sebagai Juruaudit, disebabkan oleh percanggahan dalam pendekatan/ tindakan yang akan diambil terhadap perkara berkaitan pengauditan semula Penyata Kewangan Syarikat untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015 dan 30 Jun 2016.

[Sumber: Pengumuman Khee San Berhad di laman web Bursa Malaysia pada 3 September 2018]

KOMEN MSWG:

Lembaga Pengarah Khee San Berhad perlu bertanggungjawab dan menangani isu-isu yang berkaitan pengauditan semula Penyata Kewangan syarikat.

Pemegang saham ingin mengetahui kesan kewangan, kos audit tambahan untuk pengauditan semula serta pengaruhnya terhadap kepentingan pemegang saham minoriti. Isu ini memerlukan perhatian segera daripada Lembaga Pengarah dan Pengurusan Syarikat.

Ramai pemegang saham minoriti telah membuat keputusan pelaburan berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit dan dengan adanya arahan untuk mengaudit semula, penyata kewangan itu ternyata tiada integriti. Kami berharap tiada kejutan besar apabila penyata kewangan itu diaudit semula.


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 10 HINGGA 14 SEPTEMBER 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh dan Masa

Syarikat

Lokasi

12.09.18 (Rabu)

10.00 pagi

Land & General Bhd

Kelab Sri Damansara Club, Lot 23304, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara

13.09.18 (Rabu)

10.00 pagi

Enra Group Bhd

Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, KL

13.09.18 (Khamis)

10.00 pagi

MNRB Holdings Bhd

Bangunan Malaysian Re, No. 17, Lorong Dungun, Damansara Heights, KL

13.09.18 (Khamis)

12.00 tengah hari

PLS Plantations Bhd

Sri Damansara Club, Lot 23304, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara

 

Beberapa perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Land & General Bhd

Syarikat mempunyai dua hartanah pelaburan iaitu 8trium yang terletak di Bandar Sri Damansara dan Menara L&G di Precinct 3, Putrajaya seperti yang disebut di halaman 17 Laporan Tahunan:

(a)     Apakah kadar penghunian mutakhir di 8trium dan Menara L&G?

(b)     Berapakah sewaan kasar tahunan daripada 8trium dan Menara L&G?

(c)      Apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan kadar penghunian bagi kedua-dua hartanah pelaburan ini dan adakah langkah-langkah ini berjaya?

Enra Group Bhd

ENRA SPM Sdn. Bhd. (“ENRA SPM”) telah dianugerahkan kontrak bernilai USD48 juta oleh PC Myanmar (Hong Kong) Limited pada Julai 2017 untuk memasang dan menyewa sebuah kapal tangki simpanan dan sistem tambatan tunggal (“SPM”) untuk salah sebuah medan gas mereka di Myanmar.

  1. Berapakah jumlah sumbangan tahunan yang dijangkakan kepada pendapatan Kumpulan?
  2. Bilakah kontrak ini dijangka akan menyumbang kepada pendapatan Kumpulan?

MNRB Holdings Bhd

Malaysian Re mengekalkan dominasinya dalam pasaran domestik dengan bahagian pasaran sebanyak 60%. Ia juga merupakan penanggung insurans semula terbesar ASEAN mengikut saiz aset dan kedua terbesar mengikut premium kasar (halaman 41 Laporan Tahunan).

  1. Apakah bahagian pasaran Kumpulan dalam pasaran luar negara?
  2. Siapakah pesaing utama Kumpulan dalam ASEAN dan bagaimanakah Kumpulan membandingkan dengan rakan-rakan serantau dari segi nisbah keuntungan utama dan tuntutan sepanjang tiga tahun lepas?
  3. Apakah KPI Kumpulan untuk operasinya di Dubai dan Emiriah Arab Bersatu?

d)      Kami merujuk halaman 50 dan 51 Laporan Tahunan dalam Analisis Segmen khususnya nisbah tuntutan dan nisbah gabungan sepanjang lima tahun yang lalu. Sila jelaskan apakah rancangan Kumpulan untuk menangani nisbah gabungan yang tinggi bagi segmen perniagaan masing-masing.

PLS Plantations Bhd

Kumpulan mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM5.2 juta bagi TK2018 dan liabiliti semasa Kumpulan melebihi aset semasa sebanyak RM13 juta. Situasi modal kerja ini menimbulkan keraguan signifikan terhadap keupayaan Kumpulan sebagai usaha berterusan. Juruaudit Bebas telah membangkitkan kebimbangan terhadap usaha berterusan Kumpulan sebagai perkara utama dalam Laporan Juruaudit Bebas.

Memandangkan pendapatan Kumpulan sebahagian besarnya berpunca daripada perniagaan kelapa sawit yang bergantung kepada harga minyak sawit, apakah rancangan Lembaga untuk memastikan Kumpulan mempunyai sumber yang mencukupi untuk memenuhi kewajipan kewangannya dalam tempoh 12 bulan akan datang?


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa Kanan, Khidmat Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

               •               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali bagi Khee San Berhad dan iDimension Consolidated Berhad.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: