MSWG Weekly Newsletter 05 October 2018 (BM)

Friday, 5 October, 2018

PANDANGAN RINGKAS MSWG TERHADAP PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

 

VERSATILE CREATIVE BERHAD (“VCB”)

VCB telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 (“AGM”) pada 30 September 2018.

Keputusan pengundian untuk resolusi dalam AGM ditunjukkan di bawah:

  1. Resolusi 5 telah ditarik balik. Pada 29 September 2018, Dato’ Wong Kong Choong @ Leong Kong Choong menyatakan hasrat beliau untuk tidak dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat menurut Artikel 73 Tataurusan Syarikat.
  2. Resolusi 6 dan 7 juga ditarik balik. En Fathi Ridzuan bin Ahmad Fauzi dan To’ Puan Rozana Binti Tan Sri Redzuan telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat, masing-masing  berkuatkuasa dari 24 September 2018 dan 27 September 2018.

Resolusi

 Undi MENYOKONG

Undi MEMBANTAH

Keputusan

Jumlah undi

%

Jumlah undi

%

Untuk melantik semula Pengarah berikut yang bersara mengikut Artikel 73 dalam Tataurusan Syarikat dan oleh kerana layak, telah menawarkan diri mereka untuk pelantikan semula:-

 

 

 

 

 

a) Dato’ Chew Weng Ki (Resolusi 1)

176,244

0.223

78,894,700

99.777

Tidak Dilaksanakan

b) Dato’ Eow Kwan Hoong (Resolusi 2)

176,244

0.223

78,894,700

99.777

Tidak Dilaksanakan

c) Dato’ Lee Kwee Hiang (Resolusi 3)

 

176,244

0.223

78,894,700

99.777

Dilaksanakan

d) Mr Chan Feoi Chun  (Resolusi 4)

 

176,244

0.223

78,894,700

99.777

Tidak Dilaksanakan

Untuk meluluskan pembayaran imbuhan Pengarah berjumlah RM262,000 kepada Pengarah Bukan Eksekutif Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019.  (Resolusi 8)

78,638,995

99.454

432,000

0.546

Dilaksanakan

Untuk meluluskan pembayaran manfaat para Pengarah berjumlah RM478,500 bagi tempoh dari 30 September 2018 sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang. (Resolusi 9)

78,518,995

99.302

552,000

0.698

Dilaksanakan

Untuk melantik semula Tetuan Baker Tilly Monteiro Heng sebagai Juruaudit Syarikat untuk tahun berikutnya dan memberi kuasa kepada para Pengarah untuk menetapkan imbuhan juruaudit. (Resolusi 10)

78,639,095

99.454

431,900

0.546

Dilaksanakan

Cadangan mengekalkan Encik Chan Feoi Chun sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (Resolusi 11)

176,344

0.223

78,894,600

99.777

Tidak Dilaksanakan

Kuasa untuk Menerbitkan dan Membahagikan Saham (Resolusi 12)

78,329,095

99.062

741,900

0.938

Dilaksanakan

 

[Sumber: Pengumuman VCB di laman web Bursa Malaysia pada 30 September 2018].

 

KOMEN MSWG:

 

Latar belakang:

(i)   VCB gagal mengemukakan Laporan Tahunan 2018 yang merangkumi penyata kewangan tahunan yang diaudit bersama laporan juruaudit dan laporan pengarah untuk tahun kewangan berakhir 2018 kepada Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa”) untuk siaran umum dalam jangka masa yang ditetapkan iaitu 31 Julai 2018, selaras dengan Perenggan 9.23(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa (“MMLR”).

(ii)  Berikutan perkara di atas, VCB juga gagal mengeluarkan penyata kewangan yang tertunggak selaras dengan Perenggan 9.28(5) MMLR. Oleh itu, Bursa telah menggantung dagangan saham VCB sehingga Syarikat menyerahkan penyata kewangannya yang tertunggak.

(iii) Menurut Perenggan 9.28(6) dalam MMLR, jika VCB gagal mengeluarkan Laporan Tahunan 2018 yang belum disiapkan dalam tempoh 6 bulan dari tamat jangka masa yang dibenarkan oleh Bursa, sebagai tambahan kepada apa-apa tindakan penguatkuasaan yang mungkin diambil oleh Bursa, Bursa juga akan memulakan prosedur penyahsenaraian terhadap VCB.

(iv) Pada 21 Ogos 2018, Pengarah Urusan VCB dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan telah dilucutkan daripada jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta, kerana gagal memberikan jawapan yang memuaskan berhubung tuduhan yang dibuat terhadap mereka dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan pada 13 Ogos 2018.

(v)  Satu mesyuarat agung luar biasa diadakan oleh pemegang saham terbesar VCB pada 30 Ogos 2018 untuk melantik tujuh pengarah baharu; semuanya berjaya dilantik. Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (‘INED’) baharu yang dilantik termasuk bekas Pesuruhjaya Polis, Datuk Seri Wira Ayub Yaakob dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail.

 

Situasi Semasa:

(vi) Juruaudit luar VCB, Tetuan Baker Tilly Monteiro Heng, pada 7 September 2018 telah mengeluarkan pendapat bersyarat ke atas penyata kewangan syarikat yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018 (“TKB 2018”). Pendapat bersyarat, seperti yang dinyatakan dalam Nota 9(a) kepada penyata kewangan, adalah berkaitan prabayaran Kumpulan, yang merangkumi pembayaran untuk yuran profesional berjumlah RM1,900,000 bagi perkhidmatan pertukaran tanah. Pada 3 Julai 2018, Lembaga telah melantik akauntan forensik untuk melakukan semakan dan penyiasatan ke atas transaksi pembayaran. Juruaudit luar tidak berjaya mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan penjelasan yang memuaskan mengenai bayaran yang disebut di atas. Oleh itu, mereka tidak dapat menentukan sama ada pelarasan perlu dibuat untuk pembayaran ini.

[Sumber: Sebahagian daripada pengumuman VCB di laman web Bursa Malaysia pada 21 Ogos 2018, 30 Ogos 2018 dan 7 September 2018]

(vii) VCB akhirnya berjaya mengeluarkan Laporan Tahunan 2018 bersama-sama Penyata Kewangan yang sudah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 2018 pada 14 September 2018. Nampaknya VCB tiada pilihan melainkan dengan mengadakan AGM mereka pada Ahad, 30 September 2018. AGM ini diadakan tepat pada masanya, pada hari terakhir tempoh enam bulan bagi syarikat-syarikat dengan tahun kewangan berakhir Mac untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan mereka menurut Seksyen 340 Akta Syarikat 2016.

Beberapa hari sebelum AGM, dua daripada Pengarah daripada Lembaga Pengarah ‘lama’ meletak jawatan sementara satu memilih untuk tidak dilantik semula pada hari sebelum AGM. Baki empat Pengarah VCB (iaitu pengerusi eksekutif, dua Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dan satu INED) daripada Lembaga yang ‘lama’ yang dipilih untuk pelantikan semula, selaras dengan Artikel 73 Tataurusan Syarikat, telah diundi keluar oleh para pemegang saham.

Pemegang saham minoriti perlu mengambil perhatian terhadap pendapat bersyarat dan sebab bagi pendapat bersyarat (seperti yang dinyatakan dalam para (vi), di atas). Pemegang saham minoriti juga perlu mengambil perhatian bahawa liabiliti semasa VCB melebihi aset semasa sebanyak RM2.3juta untuk TK2018. Para pemegang saham minoriti perlu memantau kedudukan modal kerja (nisbah aset semasa berbanding liabiliti semasa). Mereka juga perlu mengambil perhatian terhadap perubahan aktif dalam ahli lembaga pengarah.


PANPAGES BERHAD (“PANPAGES”)

 

Pada 13 September 2018, dalam AGM Syarikat ke-17, empat daripada enam pengarah Syarikat telah memilih pelantikan semula.

Dua pengarah, termasuk Pengerusi telah diundi keluar. Pada hari yang sama, Syarikat mengumumkan peletakan jawatan dua pengarahnya, termasuk Ketua Pengarah Eksekutif, atas sebab-sebab peribadi. Hanya tinggal dua pengarah dalam Lembaga Pengarah Syarikat iaitu seorang Pengarah Eksekutif dan seorang Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif (“NINED”).

Pada 18 September 2018, MMAG memperoleh 26.37% pegangan dalam Panpages daripada Innofarm Sdn Bhd dan menjadi pemegang saham tunggal terbesar Syarikat. Innofarm Sdn Bhd bukan lagi pemegang saham utama Panpages Bhd.

Pada 19 September 2018, kedua-dua pengarah yang telah diundi keluar dan kedua-dua pengarah yang meletakkan jawatan pada 13 September 2018, telah dilantik semula ke dalam Lembaga Pengarah. Pelantikan semula ini dilakukan oleh baki dua pengarah yang masih ada dalam Lembaga Pengarah.

Pada 20 September 2018, Pengarah Eksekutif dan NINED yang dilantik semula dalam AGM meletak jawatan sebagai pengarah Syarikat. 

Pada 21 September 2018, dua pengarah nomini MMAG telah dilantik ke dalam Lembaga Pengarah.

[Sumber: Pengumuman Panpages di laman web Bursa Malaysia pada 13 September 2018, 18 September 2018, 19 September 2018, 20 September 2018 dan 21 September 2018].

 

KOMEN MSWG:

Pertukaran ahli lembaga Panpages yang kerap dalam jangka masa yang singkat membingungkan kami.

Hanya dua pengarah yang dilantik ke dalam Lembaga Pengarah pada 21 September 2018 boleh diubah disebabkan perubahan pemegang saham utama Syarikat kerana pengarah-pengarah ini adalah pengarah nomini MMAG. 

Pelantikan semula dua orang pengarah yang diundi keluar dalam AGM bertarikh 13 September 2018 oleh Lembaga Pengarah, pada 19 September 2018, mungkin dilihat bertentangan dengan kehendak para pemegang saham seperti yang dinyatakan dalam AGM. Jika pengarah ini dilantik di atas permintaan para pemegang saham baharu, mereka akan dianggap sebagai pengarah nomini.

Akta Syarikat 2016 membenarkan Lembaga Pengarah melantik para pengarah tetapi apabila para pengarah yang dilantik adalah mereka yang telah diundi keluar dalam AGM yang terdahulu, mungkin mencetuskan isu ‘mengutamakan rupabentuk berbanding intipati’. Peruntukan yang digunakan untuk memasukkan semula pengarah-pengarah ini ke dalam Lembaga Pengarah diibaratkan sebagai ‘rupabentuk’ yang mengatasi ‘intipati’, iaitu hakikat bahawa para pemegang saham telah melaksanakan hak mereka yang sah dengan mengundi keluar dua pengarah berkenaan.

Pemegang saham minoriti perlu mengambil perhatian tentang peristiwa ini dan mesej disebaliknya, yang mana pengarah yang diundi keluar dalam AGM telah dilantik semula oleh Lembaga dalam tempoh masa seminggu.


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG BAGI TEMPOH 8 HINGGA 12 OKTOBER 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

10.10.18 (Rabu)
10.00 pagi

Top Glove Corporation Bhd
(EGM)

Top Glove Tower of 16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, Shah Alam

10.10.18 (Rabu)
10.30 pagi

Top Glove Corporation Bhd
(EGM)

Top Glove Tower of 16, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, Shah Alam

12.10.18 (Jumaat)
10.00 pagi

Berjaya Sports Toto Bhd 
(AGM)

Bukit Jalil Golf & Country Resort, Jalan Jalil Perkasa 3, Bukit Jalil, KL

 

Beberapa perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu untuk Diajukan

Berjaya Sports Toto Bhd 
(AGM)

1)    Seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Pengerusi di halaman 7 Laporan Tahunan, dengan pemberhentian Grand Toto 6/63 pada Oktober 2017, Sports Toto melancarkan permainan Lotto, Star Toto 6/50 sebagai pengganti.

 

Maklumkan kepada para pemegang saham tentang sambutan terhadap Star Toto 6/50 sejak dilancarkan dan prospek keuntungannya kepada Kumpulan pada masa hadapan.

2)    Seperti yang dilaporkan dalam Kenyataan Pengerusi di halaman 7 Laporan Tahunan, terdapat kemerosotan nilai dalam muhibah bagi perniagaan penyewaan peralatan loteri di Filipina.

  1. Berapakah jumlah kemerosotan nilai ini dan apakah yang menyebabkan kemerosotan itu?
  1. Apakah prospek perniagaan ini dan adakah akan berlaku penurunan selanjutnya pada masa hadapan?

PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

 


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini, kecuali bagi Panpages Berhad, Versatile Creative Berhad, Cheetah Holdings Berhad dan Wintoni Group Berhad.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: