MSWG Weekly Newsletter 05 July 2019 (BM)

Friday, 5 July, 2019

05.07.2019

 

TANDAKAN KALENDAR ANDA

 

ANUGERAH TADBIR URUS KORPORAT MSWG-ASEAN 2018

AKAN DIADAKAN DI HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR

PADA HARI RABU, 31 JULAI 2019

Penemuan dan keputusan tahap Tadbir Urus Korporat syarikat tersenarai awam di Malaysia yang menggunakan Metodologi Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN akan diumumkan diikuti majlis penyampaian anugerah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menunjukkan tahap amalan tadbir urus korporat yang tinggi.

Kami mengharapkan penyertaan dan sokongan anda pada majlis tersebut.


TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 8 HINGGA 12 JULAI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

09.07.19 (Selasa)

11.00 pagi

George Kent (Malaysia) Bhd

(AGM)

George Kent Technology Centre, 1115, Jalan Puchong, Taman Meranti Jaya, Puchong, Selangor

10.07.19 (Rabu)
10.00 pagi

Hiap Teck Venture Bhd
(EGM)

Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor

10.07.19 (Rabu)
10.30 pagi

JKG Land Bhd
(AGM)

Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, KL

10.07.19 (Rabu)
10.30 pagi

Paramount Corporation Bhd 
(EGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL

11.07.19 (Khamis)
10.30 pagi

Yinson Holding Bhd
(AGM)

Pullman Kuala Lumpur Bangsar, No. 1, Jalan Pantai Jaya, Tower 3, KL

12.07.19 (Jumaat)
10.30 pagi

Quality Concrete Holdings Bhd
(AGM)

Wisma Bukit Mata Kuching, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak

 

Salah satu perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

George Kent (Malaysia) Bhd

(AGM)

“Bahagian Kejuruteraan Kumpulan mencatatkan pendapatan berjumlah RM298.6 juta (TK2018: RM464.6 juta) menyumbang 69.2% kepada pendapatan keseluruhan Kumpulan” (Halaman 12, Laporan Tahunan 2019).

  1. Bagaimanakah Lembaga Pengarah menangani penyusutan dalam pendapatan dan berapa peratuskah jangkaan sumbangan pendapatan daripada bahagian ini daripada jumlah pendapatan keseluruhan pada TK2020?
  2. Berapakah tempahan pesanan semasa Bahagian ini dan berapakah tempahan pesanan yang disasarkan oleh Bahagian untuk tiga tahun akan datang? Nyatakan juga kebarangkalian Syarikat diberikan kontrak baharu.

JKG Land Bhd

(AGM)

Kumpulan memperoleh tanah pegangan bebas yang dinilaikan RM41.1 juta daripada sebuah anak syarikat dan diklasifikasikan sebagai Hartanah Pelaburan seperti yang dinyatakan di halaman 101 Laporan Tahunan.

(a)   Mengapakah tanah pegangan bebas ini diklasifikasikan sebagai hartanah pelaburan?

(b)  Di manakah lokasi tanah ini?

(c)   Bilakah Syarikat akan memulakan pembangunan di atas tanah itu dan apakah jenis pembangunan yang dirancang oleh Syarikat?

Paramount Corporation Bhd 

(EGM)

Mengapakah tiga kaedah penilaian yang berbeza digunakan dalam pelupusan KDUUC, KDUPG dan KDUPJ? (halaman 48 dalam Pekeliling)

(a)   Pertimbangan jualan sebanyak RM16 juta untuk kepentingan ekuiti 65% dalam KDUUC adalah berdasarkan 1.3 kali aset bersih KDUUC yang diselaraskan berjumlah RM18.7 juta pada 31 Disember 2017 selepas mengambil kira pelarasan lain?

(b)   Pertimbangan jualan sebanyak RM 22 juta untuk 65% kepentingan ekuiti dalam KDUPG adalah berdasarkan sembilan (9) kali EBITDA KDUPG yang diselaraskan berjumlah RM3.707 juta yang direkodkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan selepas pelarasan liabiliti bersih.

(c)  Pertimbangan jualan sebanyak RM0.5 juta untuk kepentingan ekuiti 70% dalam KDUPJ adalah berdasarkan lesen KDUPJ untuk menjalankan perniagaan kolej selepas mengambil kira liabiliti bersih yang diselaraskan berjumlah RM1.2 juta pada 31 Disember 2018 dan selepas pelarasan lain.

Quality Concrete Holdings Bhd

(AGM)

Penghutang perdagangan (Halaman 140 Laporan Tahunan 2019)

Pada 31 Januari 2019, elaun rosotnilai berjumlah RM18,894,000 berbanding RM13,253,000 pada TK2018, dengan kenaikan melebihi 40%.

  1. Apakah yang menyebabkan kenaikan ini?
  2. Apakah peluang pemulihan jumlah RM18,894,000 ini dan apakah langkah yang diambil oleh Lembaga untuk memungut hutang tertunggak?

 


SENARAI PEMERHATIAN MSWG

YEE LEE CORPORATION BHD (“YEE LEE”)

PENSWASTAAN YEE LEE TIDAK BERJAYA

Yee Lee mengumumkan dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia selepas tawaran ditutup pada jam 5 petang, bahawa pemberi tawaran bersama hanya berjaya memperoleh 89.85% pegangan saham dalam syarikat itu, cuma sedikit sahaja lagi untuk mencapai 90% yang diperlukan untuk menggantung perdagangan saham Yee Lee.

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/privatisation-yee-lee-falls-through

 

LONDON BISCUITS BERHAD (“LONDON BISCUITS”)

KEGAGALAN LONDON BISCUIT MEMBUAT PEMBAYARAN HUTANG; PENGARAH MELETAK JAWATAN

London Biscuits Bhd mengumumkan semalam ia gagal membuat pembayaran balik hutang yang berjumlah RM9.83 juta kepada Bank of Nova Scotia Bhd (BNSB) disebabkan oleh “kekangan aliran tunai”.

Dalam pemfailan berasingan, London Biscuit juga menyaksikan perubahan dalam lembaga pengarah, apabila pengarah eksekutif Datuk Wira Ranjeet Singh Sidhu dan ketua pegawai kewangan Loo Seng Kit meletak jawatan secara sukarela, sementara pengarah bebas dan bukan eksekutif Leslie Looi Meng meletakkan jawatan kerana komitmen kerja sebagai profesional.

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/london-biscuits-defaults-debt-payment-directors-resign

 

SUMATEC RESOURCES BERHAD (“SYARIKAT” ATAU “SUMATEC”) 

PENGUMUMAN AM

Syarikat mengumumkan pada 2 Julai 2019 mereka menerima surat daripada CaspiOilGas LLP (“COG”) dan satu salinan surat tersebut dilampirkan pada pengumuman ini.

Syarikat berpendapat bahawa kandungan surat COG, yang berkenaan kepentingan Sumatec di bawah Perjanjian Pelaburan Bersama (“JIA”), adalah maklumat penting selaras dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (“MMLR”) di bawah Bab 9.03 (a) Bahagian C.

Pengumuman ini bertarikh 2 Julai 2019.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6211397

 

DAYA MATERIALS BERHAD (“SYARIKAT”)

KEGAGALAN MEMBUAT PEMBAYARAN MENURUT PERENGGAN 9.19A KEPERLUAN PENYENARAIAN PASARAN UTAMA BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD – KEGAGALAN MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA AMBANK (M) BERHAD

Lembaga Pengarah Syarikat mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Daya CMT Sdn Bhd telah gagal membuat pembayaran jumlah tertunggak sebanyak RM277,638.22, yang sudah sampai tempoh dan perlu dibayar selaras dengan syarat kemudahan perbankan yang diberikan oleh AmBank (M) Berhad.

 

Pengumuman ini bertarikh 2 Julai 2019.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcemen...

KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD (“PERANGSANG SELANGOR” ATAU “SYARIKAT”)

 

CADANGAN TAWARAN UNTUK MEMBELI KESEMUA SEKURITI YANG DIPEGANG OLEH SISTEM PENYURAIAN TRAFIK KL BARAT HOLDINGS SDN BHD (“SPRINT HOLDINGS”), SEBUAH SYARIKAT BERSEKUTU 20% MILIK PERANGSANG SELANGOR, DALAM SISTEM PENYURAIAN TRAFIK KL BARAT SDN BHD (“SPRINT”) OLEH MENTERI KEWANGAN (DIPERBADANKAN) (“MOF INC”)

Rujukan dibuat kepada pengumuman Syarikat terdahulu yang bertarikh 24 Jun 2019 berhubung tawaran MOF Inc untuk memperoleh kesemua saham (termasuk semua saham biasa, saham keutamaan dan saham pinjaman) SPRINT (“Tawaran SPRINT”). Kecuali dinyatakan sebaliknya, perkataan dan frasa yang digunakan dalam pengumuman ini mempunyai makna yang sama seperti yang dinyatakan dalam pengumuman terdahulu.

Menurut Perenggan 9.03 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (“MMLR”), Lembaga Pengarah Perangsang Selangor (“Lembaga”) mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah pada hari ini telah membincangkan Tawaran SPRINT dan telah memutuskan untuk mengundi memihak kepada menerima Tawaran SPRINT di SPRINT Holdings.

Lembaga akan membuat pengumuman berkaitan dalam masa terdekat selepas melalui proses sewajarnya dengan SPRINT Holdings.

Pengumuman ini bertarikh 2 Julai 2019.

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6210981

 

ORIENTAL INTEREST BERHAD (“OIB”)

CADANGAN PENGAMBILALIHAN OLEH MYRA LAND SDN. BHD., SEBUAH ANAK SYARIKAT, SEBIDANG TANAH YANG BERUKURAN 423,401.6813 METER PERSEGI (104 EKAR 2 ROOD 20.0000 POLE.) DALAM KAWASAN DENGAN HARGA BELIAN BERJUMLAH RM40,105,309.00                                                                                                 

Lembaga Pengarah OIB memaklumkan bahawa anak syarikatnya, Myra Land Sdn. Bhd. (Syarikat No. 1142636-T) (“Myra Land” atau “Pembeli”) pada 1 Julai 2019, telah menandatangani Perjanjian Jual Beli (“Perjanjian”) dengan Sime Darby Plantation Berhad 647766-V) (“Vendor”) untuk perolehan kesemua tanah yang dipegang di bawah Geran 94107, Lot 2496, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan (“Tanah”), dengan harga pembelian RM40,105,309.00 (“Harga Pembelian”) tertakluk pada terma dan syarat Perjanjian (“Cadangan Perolehan”).

 

Pengumuman ini bertarikh 1 Julai 2019.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcemen...

 

PRESTARIANG BERHAD (“SYARIKAT”)

 

SURAT PENGANUGERAHAN DARIPADA KEMENTERIAN KEWANGAN

Berikutan pengumuman Syarikat bertarikh 29 Januari 2018 (nombor rujukan GA1-23012018-00083), Syarikat dengan sukacita mengumumkan bahawa pada hari ini, anak syarikat milik penuhnya iaitu Prestariang Systems Sdn Bhd (“PSSB”) telah menerima Surat Penganugerahan (“LOA”) bertarikh 28 Jun 2019 daripada Kementerian Kewangan untuk membekalkan lesen perisian serta produk dan perkhidmatan Microsoft di bawah Perjanjian Pelesenan Induk (“MLA”) 3.0 kepada Kementerian Pelajaran (“MOE”), untuk tempoh satu (1) tahun dengan harga RM22,942,505.00.

LOA ini mengesahkan pelantikan PSSB untuk membekalkan lesen perisian, produk dan perkhidmatan Microsoft di bawah MLA 3.0 kepada MOE yang akan diuruskan melalui program berikut:-

  • Perjanjian Perikatan Pendidikan (EAA) ke semua sekolah di bawah MOE, berkuatkuasa dari 10 Mac 2019 sehingga 9 Mac 2020 dengan harga RM11,226,005.00; dan
  • Pendaftaran untuk Penyelesaian Pendidikan (EES) kepada kesemua agensi di bawah Kementerian Pelajaran, akan berkuatkuasa bermula 3 Julai 2019 hingga 2 Julai 2020 dengan harga RM11,716,500.00.

 

Pengumuman ini bertarikh 1 Julai 2019.

Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6208781

 

TASEK CORPORATION BERHAD (“TASEK CORP” ATAU “TASEK”)

PEMEGANG SAHAM DINASIHATKAN SUPAYA MENERIMA TAWARAN PENGAMBILALIHAN DARIPADA HONG LEONG ASIA

Pemegang saham minoriti Tasek Corp Bhd telah dinasihatkan supaya menerima tawaran pengambilalihan oleh Hong Leong Asia Ltd (HLA) yang disenaraikan di Singapura dalam urus niaga bernilai kira-kira RM128.61 juta, berdasarkan harga tawaran RM5.50 bagi setiap saham biasa dan saham keutamaan.

Sumber: https://www.theedgemarkets.com/article/tasek-shareholders-advised accept-takeover-offer-hong-leong-asia


SENARAI WASPADA MSWG

Syarikat PN17

  1. APFT BERHAD
  2. BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD
  3. BERJAYA MEDIA BERHAD
  4. BERTAM ALLIANCE BERHAD
  5. BRAHIM’S HOLDINGS BERHAD
  6. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED
  7. COMINTEL CORPORATION BHD
  8. DAYA MATERIALS BERHAD
  9. EKA NOODLES BERHAD
  10. HB GLOBAL LIMITED
  11. KINSTEEL BHD
  12. KUANTAN FLOUR MILLS BERHAD
  13. MAA GROUP BERHAD
  14. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD
  15. MAXWELL INTERNATIONAL HOLDINGS BERHAD
  16. MULTI SPORTS HOLDINGS LTD
  17. PERISAI PETROLEUM TEKNOLOGI BERHAD
  18. SEACERA GROUP BERHAD
  19. SUMATEC RESOURCES BERHAD
  20. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD
  21. UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BERHAD

 Syarikat GN3

  1. G NEPTUNE BERHAD
  2. IDIMENSION CONSOLIDATED BERHAD
  3. WINTONI GROUP BERHAD

Sila rujuk pautan di bawah untuk melihat status terkini syarikat-syarikat di atas.
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/list-of-companies/p...


BERITA PENGAWAL SELIA

SC MENGINGATKAN PELABUR TENTANG TAWARAN SYILING AWAL DAN PERTUKARAN ASET DIGITAL YANG TIDAK DIBENARKAN

Sumber:

https://www.sc.com.my/news/media-releases-and-announcements/sc-cautions-investors-against-unauthorised-initial-coin-offerings-and-digital-asset-exchanges

BEKAS PENGARAH KUMPULAN BESTINO DIDAPATI BERSALAH KERANA MENGEDARKAN BORANG PERMOHONAN SAHAM TANPA PROSPEKTUS

Sumber:

https://www.sc.com.my/news/media-releases-and-announcements/former-direc...

SC MELUASKAN JANGKAUAN KEPADA PELABUR PASARAN MODAL DI SABAH

Sumber:

https://www.sc.com.my/news/media-releases-and-announcements/sc-reaches-out-to-capital-market-investors-in-sabah

KERTAS KERJA PERUNDINGAN NO. 2/2019

CADANGAN PINDAAN KEPADA PERATURAN BURSA MALAYSIA DEPOSITORY SENDIRIAN BERHAD YANG BERKAITAN E-PERKHIDMATAN CDS (KELUARAN 2) DAN PINDAAN LAIN

Tarikh keluaran: 30 Mei 2019

Sumber:

http://www.bursamalaysia.com/misc/system/assets/27073/ConsultPaperCDSeServices_withR1.FINAL.pdf


BERITA DAN PERKEMBANGAN DALAM NEGARA

Malaysia's June palm stocks seen dropping to nearly 1-yr low — Reuters survey

https://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-june-palm-stocks-seen-dropping-nearly-1yr-low-%E2%80%94-reuters-survey

May exports exceed forecast to reach RM84.15b, CPO picks up

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/04/may-exports-exceed-forecast-to-reach-rm8415b-cpo-picks-up/

O&G decommissioning works in big demand

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/03/og-decommissioning-works-in-big-demand/

Malaysian palm oil prices rise with soyoil but gains seen limited

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/03/palm-oil-prices-rise-with-soyoil-but-gains-seen-limited/

More than 51,000 units of property in Johor unsold as of Q1 2019

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/02/more-than-51000-units-of-property-in-johor-unsold-as-of-q1-2019/

Khazanah appoints three directors

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/02/khazanah-appoints-three-directors/


BERITA DAN PERKEMBANGAN LUAR NEGARA

U.S. job growth seen accelerating, rate cut still expected

https://www.reuters.com/article/us-usa-economy/u-s-job-growth-seen-accelerating-rate-cut-still-expected-idUSKCN1U00AF

India expects economy to rebound this year

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/04/india-expects-economy-to-rebound-this-year/

Weak economic data, tariff concerns weigh on stocks globally

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/07/03/weak-economic-data-tariff-concerns-weigh-on-stocks-globally/

Under pressure from Trump, OPEC embraces Putin

https://www.reuters.com/article/us-oil-opec-putin-trump-analysis/under-pressure-from-trump-opec-embraces-putin-idUSKCN1TX287

Oil edges up after steep fall; OPEC cuts, stocks draw support

https://www.reuters.com/article/us-global-oil/oil-edges-up-after-steep-fall-opec-cuts-stocks-draw-support-idUSKCN1TY03B

Vietnam economy grows nearly 7% on trade war tailwinds

https://asia.nikkei.com/Economy/Vietnam-economy-grows-nearly-7-on-trade-war-tailwinds


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Siva Yamini, Ketua, Khidmat Korporat, [email protected]

Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]

Hoo Ley Beng, Pemangku Ketua, Penyelidikan & Pembangunan, [email protected]

Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo Yi Ling, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Lim Cian Yai, Penganalisis Kanan, Pemantauan Korporat, [email protected]

Nor Khalidah Mohd Khalil, Penganalisis, Pemantauan Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•      Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali Tasek Corporation Berhad, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad dan Yee Lee Corporation Bhd.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

 

TAMAT./

 

 

Language: