MSWG Weekly Newsletter 02 Februari 2018 (BM)

Friday, 2 February, 2018

02.02.2018

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

 

Chin Teck Plantations Berhad (“CTPB”)

Wakil MSWG menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan CTPB ke-59 (AGM) yang diadakan pada 30 Januari 2018. Mesyuarat dirasmikan oleh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) merangkap Setiausaha Syarikat.

KOMEN MSWG:

Sejak 1 Disember 2016, Setiausaha Syarikat CTPB juga memegang jawatan CFO syarikat. Peranan setiausaha syarikat adalah sangat penting sehingga sesebuah syarikat disyaratkan supaya mempunyai setiausaha syarikat seperti yang dinyatakan dalam Akta Syarikat 2016. CFO juga memainkan peranan penting iaitu sebagai ketua pegawai kewangan Syarikat. Dalam peruntukan tertentu Akta Syarikat 2016, CFO juga disifatkan sebagai pengarah. Perubahan jawatan CFO juga adalah perkara yang perlu didedahkan untuk sebaran awam di bawah Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia. Meletakkan kedua-dua peranan ini kepada seorang individu menafikan kepentingan relatif peranan yang berbeza dan mencabar ini.

Selain itu, terdapat potensi konflik kepentingan. Peranan setiausaha syarikat mengambil minit dalam mesyuarat jawatankuasa lembaga adalah perkara normal dan suatu amalan tadbir urus yang baik. Perbincangan perkara-perkara tertentu tanpa kehadiran pihak pengurusan pula adalah amalan tadbir urus jawatankuasa audit yang penting. Oleh itu, jika setiausaha syarikat merangkap CFO menjadi pencatat minit, maksudnya ada kehadiran pengurusan dalam mesyuarat jawatankuasa audit sedangkan perbincangan tertentu sepatutnya diadakan tanpa kehadiran pengurusan. Sebahagian besar perbincangan jawatankuasa audit juga akan melibatkan kewangan dan seterusnya CFO.

Oleh itu, jawatan CFO dan setiausaha syarikat perlu dilihat sebagai fungsi yang tidak serasi dan perlu dipegang oleh individu berbeza.

Pada AGM terakhir yang diadakan pada 24 Januari 2017, MSWG menyoroti isu yang sama. Syarikat memaklumkan “Kami maklum akan komen ini dan akan dipertimbangkannya dalam proses perancangan penggantian”. Kami berharap Syarikat akan mengambil serius hal ini dengan melantik orang yang berbeza untuk jawatan CFO dan setiausaha syarikat.


 

TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 5 HINGGA 9 FEBRUARI 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

09.02.18 (Jumaat)
10.00 pagi

Amcorp Properties Bhd 
(EGM)

Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana, PJ

09.02.18 (Jumaat)
10.00 pagi

Enra Group Bhd
(EGM)

Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, KL

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

Amcorp Properties Bhd 
(EGM)

  1. Mengapakah Lembaga Pengarah memutuskan untuk membuat pelaburan di HK walaupun harga hartanah berada pada rekod tertinggi seperti yang dilaporkan dalam akhbar HK? Bagaimanakah Lembaga mengurangkan risiko hartanah jika harga hartanah merudum teruk?
  2. Sila berikan beberapa latar belakang kewangan rakan usahasama bagi projek hartanah di Madrid, Sepanyol dan Hong Kong. Sila jelaskan juga proses pemilihan untuk rakan kongsi ini.

Enra Group Bhd
(EGM)

1. Kami mendapati Pengarah Bukan Eksekutif layak menyertai Anugerah Skim Saham Pekerja (“ESS”) yang dicadangkan.

MSWG tidak menggalakkan amalan pemberian Anugerah ESS kepada Pengarah Bebas kerana Pengarah Bebas perlu saksama dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Penerimaan saham di bawah Anugerah ESS boleh menjejaskan kebebasan dan/ atau kesaksamaan mereka atau sekurang-kurangnya mewujudkan persepsi sedemikian.

Pengarah Bebas perlu dibayar dengan ganjaran yang sepadan dengan peranan dan tanggungjawab mereka serta kemahiran dan pengalaman yang mereka sumbangkan kepada Syarikat. Anugerah ESS, mengikut definisi, adalah untuk pekerja.

  1. Mengikut Undang-undang Kecil, Cadangan Anugerah Skim Saham Pekerja (“ESS”) akan ditadbir dan diuruskan oleh Jawatankuasa ESS.
  • Siapakah yang menganggotai Ahli Jawatankuasa ESS? Sekiranya belum dilantik, siapakah anggota yang dicadangkan?
  • Sila jelaskan bagaimanakah Jawatankuasa ESS boleh berfungsi secara adil dan saksama kerana setiap ahli Lembaga akan diperuntukkan saham di bawah Anugerah ESS?

Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat [email protected]

Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]  


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: