MSWG Weekly Newsletter 28 December 2018 (BM)

Friday, 28 December, 2018

28.12.2018

TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 31 DISEMBER 2018 HINGGA 4 JANUARI 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

3.1.19 (Khamis)
10.30 pagi

GFM Services Bhd
(EGM)

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Jalan Putra, Chow Kit, Kuala Lumpur

4.1.19 (Jumaat)
10.30 pagi

V.S. Industry Bhd
(AGM)

Hotel Jen Puteri Habour, Iskandar Puteri      Johor Darul Takzim

 

Salah satu perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

 

V.S. Industry Bhd
(AGM)

Merujuk halaman 11 dalam pengumuman kewangan bagi Suku Pertama TK2019, Syarikat menyatakan bahawa prospek untuk separuh kedua TK2019 dijangka lemah berikutan jangkaan penurunan aliran pesanan daripada pelanggan utama yang menjejaskan keuntungan Syarikat. Untuk menangani situasi ini, Syarikat akan mengadakan perbincangan serius dengan beberapa bakal pelanggan MNC bagi mendapatkan pesanan baharu.

Apakah yang menyebabkan penurunan dalam aliran pesanan dan apakah perkembangan perbincangan dengan MNC terbabit?

Apakah langkah lain yang diambil untuk meningkatkan keuntungan Syarikat?


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Lim Cian Yai, Penganalisa Kanan, Pemantauan Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•        Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

 

Language: