MSWG Weekly Newsletter 24 August 2018 (BM)

Friday, 24 August, 2018

​24.08.2018 

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Institut Akauntan Malaysia (MIA) mahu meningkatkan penalti sehingga 10 kali ganda terhadap akauntan yang melanggar undang-undang.

Denda sehingga RM5,000 telah ditetapkan pada tahun 1967 di bawah Akta Akauntan 1967.

Sekarang, selepas 51 tahun, MIA mahu menaikkannya kepada RM50,000 supaya lebih berkesan sebagai amaran pada masa hadapan.

Denda yang dicadangkan sehingga RM50,000 kelihatan rendah jika dibandingkan dengan denda yang dikenakan oleh pengawal selia statutori lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan SSM.

Malah pengawal atur berasaskan peraturan (bukan statutori) seperti Bursa Malaysia boleh mengenakan denda sehingga RM1,000,000.

Bagi firma perakaunan yang kecil, RM50,000 suatu amaun yang besar nilainya tetapi tidak bagi empat firma perakaunan terbesar (dan yang lebih besar).

Jawatankuasa Tatatertib MIA mungkin akan membezakan di antara firma perakaunan kecil dan empat firma perakaunan terbesar (dan lebih besar). Ini adalah kerana firma besar mempunyai lebih banyak sumber kewangan dan teknikal dan sesetengah daripada firma ini adalah sebahagian daripada rangkaian kepakaran antarabangsa dan mempunyai standard antarabangsa serta prosedur operasi dalaman yang lebih maju.

Kami meletakkan harapan yang lebih tinggi terhadap empat firma perakaunan besar (dan yang lebih besar) berbanding firma perakaunan kecil. Sudah tentu denda yang dikenakan ini perlu selaras dengan jangkaan yang berbeza mengikut saiz firma.

MIA perlu mempertimbangkan had denda yang dikenakan supaya dapat berlaku adil apabila menetapkan jumlah denda yang dikenakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, mengikut kes.

Salam,

Devanesan

24 Ogos 2018


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 27 HINGGA 30 OGOS 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

27.08.18 (Isnin)

3.00 petang

IJM Plantations Bhd

(AGM)

Holiday Villa Hotel & Suites Subang,9 Jalan SS12/1, Subang Jaya

28.08.18 (Selasa)

10.00 pagi

QL Resources Bhd

(AGM)

Saujana Resort, Jalan Lapangan Terbang SAAS, Shah Alam

28.08.18 (Selasa)

10.00 pagi

MMAG Holdings Bhd

(AGM)

Bukit Jalil Golf & Country Resort, Jalan Jalil Perkasa 3, Bukit Jalil, KL

28.08.18 (Selasa)

12.00 tengah hari

ATTA Global Group Bhd

(AGM)

Sunway Hotel Seberang Jaya, Prai, Penang

28.08.18 (Selasa)

3.00 petang

IJM Corporation Bhd

(AGM)

Holiday Villa Hotel & Suites Subang,9 Jalan SS12/1, Subang Jaya

29.08.18 (Rabu)

10.00 pagi

POS Malaysia Bhd

(AGM)

Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, 1 Jalan Usahawan U1/8, Shah Alam

29.08.18 (Rabu)

2.00 petang

Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd

(AGM)

Kota Permai Golf & Country Club, Kota Kemuning, Section 31, Shah Alam

30.08.18 (Khamis)

9.00 pagi

DRB-Hicom Bhd

(AGM)

Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, 1 Jalan Uusahawan U1/8, Shah Alam

30.08.18 (Khamis)
9.30 pagi

FIMA Corporation Bhd 
(AGM)

Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, KL

30.08.18 (Khamis)

10.30 pagi

Amcorp Properties Bhd

(AGM)

Tropicana Golf & Country Resort, Jalan Kelab Tropicana, PJ

30.08.18 (Khamis)

11.00 pagi

Southern Acids (M) Bhd

(AGM)

Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam

30.08.18 (Khamis)

11.30 pagi

YLI Holdings Bhd

(AGM)

Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, KL

30.08.18 (Khamis)
3.00 petang

Kumpulan Fima Bhd
(AGM)

Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, KL

 

Beberapa perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

IJM Plantations Bhd

 

Kumpulan telah membelanjakan perbelanjaan pembangunan ladang berjumlah RM29.84 juta dalam tahun kewangan semasa berbanding RM31.90 juta pada tahun 2017. Berapakah perbelanjaan modal yang dianggarkan pada TK2019?

QL Resources Bhd

Halaman 116 Laporan Tahunan di bawah segmen MPM, kami mendapati pendapatan meningkat sebanyak RM28.3 juta pada TK2018 manakala keuntungan segmen merosot RM22.4 juta.

  1. Sila jelaskan bagaimana keuntungan boleh menurun walaupun pendapatan lebih tinggi dan bagaimanakah Lembaga akan menangani masalah ini?
  2. Pada halaman 23 Laporan Tahunan (MD&A), dinyatakan bahawa pihak pengurusan optimistik tentang pemulihan prestasi MPM terutama keputusan kewangan pada TK2019.

Sila jelaskan bagaimana peningkatan output, seperti yang dinyatakan, dapat  diterjemahkan kepada keuntungan yang lebih tinggi kerana ia tidak berlaku dalam TK2018.

MMAG Holdings Bhd

Seperti yang dinyatakan dalam Perbincangan dan Analisis Pengurusan pada halaman 23 Laporan Tahunan, pendapatan daripada Perkhidmatan Logistik meningkat daripada RM3.46 juta pada tahun sebelumnya kepada RM6.28 juta dalam TK2018. Walau bagaimanapun, bahagian ini mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM7.86 juta (2017: RM4.09 juta) kerana masih dalam peringkat pembinaan dan lebih banyak masa diperlukan bagi pendapatan untuk menampung perbelanjaan pengembangan.

Bilakah bahagian ini dapat menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan?

ATTA Global Group Bhd

Seperti yang dinyatakan dalam Perbincangan dan Analisis Pengurusan pada halaman 13 Laporan Tahunan, Kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai kira-kira RM27.80 juta. Ini mewakili peningkatan 54.2% daripada keuntungan tahun kewangan sebelum ini yang berjumlah RM18.03 juta. Walau bagaimanapun, keuntungan yang lebih tinggi ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh pendapatan daripada operasi lain sebanyak RM31.17 juta.

Adakah Syarikat dapat mengekalkan tahap keuntungan semasa bagi TK2019 memandangkan sebahagian besar keuntungan yang dibuat dalam TK2018 berpunca daripada pendapatan lain?

IJM Corporation Bhd

Pembinaan (halaman 70 hingga 73 Laporan Tahunan 2018)

(i)      Buku pesanan tertunggak bagi Bahagian Pembinaan sudah melepasi RM9.41 bilion; amaun paling tinggi pada TK2017. Adakah perubahan Kerajaan baru ini mempunyai kesan terhadap buku pesanan terjamin Kumpulan?

(ii)      Seperti yang dilaporkan di halaman 73 Laporan Tahunan 2018, Bahagian ini akan mengutamakan tender projek di pasaran luar negara seperti India dan Vietnam.

Apakah nilai mutakhir buku tender keseluruhan Kumpulan untuk projek luar negara? Berapakah nilai kontrak yang dicadangkan untuk dibida oleh Divisyen di negara-negara tersebut?

POS Malaysia Bhd

Dalam Nota 20 pada halaman 179 Laporan Tahunan, kami mendapati inventori yang dikurang nilai meningkat kepada RM1.15 juta (2017: RM0.56 juta).

  1. Apakah jenis inventori yang dikurang nilai ini?
  2. Apakah yang menyebabkan peningkatan ketara dalam inventori yang dikurang nilai?

Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd

Bahagian Kumpulan daripada keputusan kewangan SPRINT meningkat kira-kira 20% dengan kerugian sebanyak RM4.3 juta dalam TK2018 berbanding kerugian sebanyak RM5.4 juta dalam TK2017.

Adakah Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi syarikat bersekutu akan bertambah baik pada TK2019?

DRB-Hicom Bhd

Seperti yang dilaporkan pada halaman 293 Laporan Tahunan, di bawah Nota 29 (f), hutang ragu untuk penghutang lain berjumlah RM177.7 juta (2016: RM7.2 juta) telah dihapus kira.

  1. Apakah jenis hutang ragu untuk penghutang lain yang telah dihapuskira?
  2. Apakah tindakan yang sudah diambil untuk mendapatkan semula jumlah ini sebelum dihapus kira?

Amcorp Properties Bhd

Halaman 20 Laporan Tahunan menyatakan, loji kuasa hidro 20MW di Sungai Liang, Pahang dijangka dapat mencapai operasi komersilnya pada suku ketiga 2018.

  1. Berapa lamakah tempoh perjanjian pembelian kuasa dengan TNB?
  2. Apakah kadar Tarif Galakan yang dikontrakkan dengan TNB?

Southern Acids (M) Bhd

Seperti yang dilaporkan dalam Perbincangan dan Analisis Pengurusan (“MD&A”), pada halaman 12 Laporan Tahunan, margin keuntungan kasar bagi segmen Oleokimia Kumpulan menyusut daripada 6.2% kepada 3.7%. Peningkatan kos pengeluaran adalah disebabkan oleh ruang kilang yang terhad untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya. SAB juga perlu menanggung kos penyelenggaraan dan perbelanjaan modal untuk menyelenggara loji bagi mengekalkan kecekapannya.

  1. Apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan margin keuntungan?
  2. Berapakah jumlah kos penyelenggaraan dan perbelanjaan modal yang dibelanjakan untuk loji tersebut dalam TK2018?
  3. Apakah prospek segmen ini untuk TK2019?

YLI Holdings Bhd

Kerugian segmen yang boleh dilaporkan (Segmen Pembuatan, Perdagangan dan Pembinaan (Nota 31, halaman 78 Laporan Tahunan 2018)

Pada tahun yang ditinjau, kedua-dua segmen utama mencatatkan kerugian.

Bagi segmen Pembuatan dan Perdagangan, kerugian berjumlah RM7,977,000 adalah jauh lebih besar daripada kerugian tahun sebelumnya yang berjumlah RM4,021,000 manakala segmen Pembinaan mengalami kerugian sebanyak RM4,203,000 berbanding keuntungan RM272,000 pada TK2017.

  1. Apakah rancangan syarikat bagi segmen yang mengalami kerugian ini dan apakah langkah segera yang diambil untuk mengubah prestasi segmen ini?
  2. Berapakah jumlah buku pesanan terkini untuk segmen Pembinaan dan berapa lamakah ia dapat bertahan jika buku pesanan ini tidak ditambahkan?

 


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa Kanan, Khidmat Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN               

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini kecuali bagi Versatile Creative Berhad.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

Language: