MSWG Weekly Newsletter 20 April 2018 (BM)

Friday, 20 April, 2018

20.04.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Penyertaan dan Pengundian Jarak Jauh dalam Mesyuarat Agung

Ramai pemegang saham minoriti tidak dapat menyertai mesyuarat agung dan mengundi (melainkan melalui proksi) berikutan pemilihan tempat untuk mesyuarat agung tersebut.

Mulai sekarang, pemegang saham minoriti boleh berbuat demikian kerana MCCG (Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia) berhasrat untuk membolehkan para pemegang saham menyertai dan berinteraksi dengan lembaga pengarah dan pengurusan kanan serta membuat keputusan pengundian yang bermaklumat dalam mesyuarat agung.

Dua Hasil Disasarkan dalam MCCG yang relevan dan utama adalah berkaitan penyertaan dan pengundian pada mesyuarat agung.

MCCG menyatakan, sebagai Amalan, syarikat-syarikat tersenarai yang mempunyai jumlah pemegang saham yang besar atau yang mengadakan mesyuarat di lokasi yang jauh, perlu memanfaatkan teknologi untuk memudahkan pengundian bagi yang tidak hadir serta penyertaan pemegang saham secara jarak jauh dalam mesyuarat agung.

Kami mendapati segelintir syarikat menyalahtafsirkan Amalan ini sebagai pengundian elektronik. Oleh itu, mereka menyatakan yang mereka sudah pun mempraktikkannya sedangkan yang mereka terangkan itu sebenarnya pengundian elektronik.

Pengundian elektronik tidak sama seperti membolehkan penyertaan dan pengundian pemegang saham secara jarak jauh dalam mesyuarat agung. Ia hanya memudahkan proses pengundian untuk menghasilkan keputusan dengan cepat.

Namun, perkataan ‘besar’ dan ‘jarak jauh’ akan menimbulkan beberapa isu.

 

Berapa besarkah ‘besar’?

MCCG adalah kod berasaskan prinsip. Syarikat tersenarai perlu memberi kesan kepada isi kandungan dan semangat Amalan ini berlatarbelakangkan Hasil Disasarkan yang mendahului setiap set Amalan.

Antara lain, syarikat tersenarai perlu mempertimbangkan tebaran saham syarikat dan demografi geografi pemegang saham mereka sebelum mengemukakan pandangan tentang apa yang dikatakan ‘besar'. (Daftar Pendeposit (ROD) daripada Depositori Pusat Malaysia akan menunjukkan alamat pemegang saham).

 

Berapa jauhkah ‘jarak jauh’?

Sekiranya sebuah syarikat perladangan tersenarai mengadakan AGM dalam estet, adakah itu dikatakan jauh? Adakah jawapan yang mengatakan estet ini mempunyai jalan yang elok cukup untuk menjadikan tempat itu tidak jauh? Jarak yang dikaitkan dengan demografi geografi majoriti pemegang saham adalah kriteria penting dan bukan sekadar jalan yang elok sahaja.

Oleh itu, kita boleh menjangkakan beberapa perbincangan hangat dan pertimbangan terbuka tentang ‘berapa jauhkah jarak jauh’.

Tradisi juga dijadikan sebagai alasan untuk mengadakan mesyuarat agung di lokasi ‘jauh’ berdasarkan premis ‘kami sudah mengadakan mesyuarat agung di sini sejak bertahun lamanya’.

Sesuai peredaran zaman, tradisi perlu memberi laluan kepada pragmatisme dan kita memerlukan pendekatan utilitarian.

Soalan yang perlu ditanya ialah ‘lokasi manakah yang perlu dipilih supaya pemegang saham paling ramai dapat hadir dan menyertai mesyuarat agung kita’.

Kami belum pernah berjumpa mana-mana syarikat tersenarai yang mempraktikkan Amalan yang menyokong penyertaan dan pengundian pemegang saham secara jarak jauh di Malaysia.

Tempoh masa paling singkat untuk menerima pakai Amalan ini, setakat yang pernah kami jumpa, adalah dari Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia mensasarkan untuk memanfaatkan teknologi bagi memudahkan pengundian untuk yang tidak hadir dan penyertaan pemegang saham jarak jauh dalam mesyuarat agung. Bursa Malaysia juga mengakui perkara ini hanya boleh dilaksanakan dengan sistem yang sesuai untuk tujuan ini seterusnya memberi tempoh masa setahun.

Penyertaan dan pengundian jarak jauh oleh pemegang saham dalam mesyuarat agung menjadi suatu rahmat bagi pemegang saham minoriti dan menggalakkan aktivisme pemegang saham yang lebih besar.

 

Tentang jualan singkat intrahari

Bursa Malaysia memperkenalkan jualan singkat intrahari (IDSS) yang bermaksud semua kedudukan perlu ‘ditutup’ pada penghujung hari yang sama. Pelabur kini berpeluang mendapat keuntungan dalam dua cara iaitu apabila harga naik dengan ‘membeli rendah dan menjual tinggi’ dan ketika harga turun dengan ‘menjual tinggi dan membeli rendah’.

Jualan singkat intrahari ini dijangka meningkatkan kecairan dan volum pasaran. Lebih penting lagi, ia dijangka memudahkan penemuan harga yang lebih baik. Kini saham yang dianggap ‘mahal’ akan dijual pada harga yang dianggap sebagai harga intrinsik saham berkenaan.

Jualan singkat diharamkan kepada orang ramai kerana ia boleh mewujudkan risiko manipulasi pasaran yang mungkin menjurus kepada pasaran yang tidak adil dan tidak terkawal.

Risiko ini dikawal oleh ciri-ciri berikut:

  1. Kedudukan perlu ditutup pada akhir hari yang sama.
  2. Terhad kepada 280 saham awal dan senarai ini disemak setiap enam bulan.
  3. Penggantungan IDSS jika harga saham jatuh lebih 15% daripada harga penutupan hari sebelumnya atau jika volum jualan singkat kasar melebihi had maksimum harian sebanyak 3% daripada jumlah saham tertunggak bagi setiap saham.

Tidak semua broker saham bersedia menawarkan IDSS dan mereka yang bersedia mempunyai kelebihan sebagai penggerak pertama.

Baca lagi di: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/04/16/bursa-malaysia-implements-intraday-short-selling/#w8lZlJQvRo6D7i1i.99

 

Salam,

Devanesan

20 April 2018


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 23 HINGGA 27 APRIL 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

 

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

23.04.18 (Isnin)
11.00 pagi

Public Bank Bhd
(AGM)

Shangri-La Hotel, Jalan Sultan Ismail, KL

23.04.18 (Isnin)
12.00 tengah hari

KPJ Healthcare Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Jalan Abdullah Ibrahim, Johor Bahru

24.04.18 (Selasa)
10.00 pagi

United Plantations Bhd
(AGM)

United Plantations Berhad, Jendarata Estate, Teluk Intan, Perak

24.04.18 (Selasa)
10.00 pagi

Box-Pak (Malaysia) Bhd
(AGM)

Bilik Konferens Box-Pak (Malaysia) Bhd.Lot 4, Jalan Perusahaan Dua Batu Caves

24.04.18 (Selasa)
11.00 pagi

Texchem Resources Bhd
(AGM)

Jen Hotel, Magazine Road, Penang

24.04.18 (Selasa)
02.00 petang

Lotte Chemical Titan Holdings Bhd  
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1

24.04.18 (Selasa)
03.30 petang

Wesports Holdings Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, 1A Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur

25.04.18 (Rabu)
10.00 pagi

Media Prima Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1

25.04.18 (Rabu)
10.00 pagi

Kian Joo Can Factory Bhd
(AGM)

Tropicana Golf & Country Resort Club, Jalan Kelab Tropicana, PJ

25.04.18 (Rabu)
10.00 pagi

Petronas Dagangan Bhd
(AGM)

Mandarin Oriental Kuala Lumpur, KLCC

25.04.18 (Rabu)
10.00 pagi

Cahya Mata Sarawak Bhd
(AGM)

Pullman Hotel, 1A Jalan Mathies, Kuching, Sarawak

25.04.18 (Rabu)
10.30 pagi

RHB Bank Bhd
(AGM)

Royale Chulan Kuala Lumpur, 5 Jalan Conlay, KL

26.04.18 (Khamis)
09.00 pagi

CIMB Group Holdings Bhd
(AGM)

Connexion @ Nexus, No. 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, KL

26.04.18 (Khamis)
10.00 pagi

Malakoff Corporation Bhd
(AGM)

Hotel Istana, 73, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur

26.04.18 (Khamis)
10.00 pagi

Telekom Malaysia Bhd
(AGM)

Pusat Konvensyen TM, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, KL

26.04.18 (Khamis)
10.00 pagi

Can-One Bhd
(AGM)

Tropicana Golf & Country Resort Club, Jalan Kelab Tropicana, PJ

26.04.18 (Khamis)
10.00 pagi

Nestle (Malaysia) Bhd
(AGM)

Hilton Kuala Lumpur, 3 Jalan Stesen Sentral

27.04.18 (Jumaat)

10.00 pagi

MISC Bhd

InterContinental Kuala Lumpur, Jalan Ampang, KL

 

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu untuk diajukan

Public Bank Bhd
(AGM)

Kedudukan dan perkembangan deposit dalam menyokong kecairan adalah penting. Justeru, pertumbuhan deposit domestik Public Bank seperti yang ditunjukkan dalam “Pembentangan Pelabur - Keputusan Kewangan Disember 2017” (halaman 13) menunjukkan pertumbuhan deposit bagi Kumpulan dan segmen domestik masing-masing berada pada 3.0% dan 3.6% di bawah kadar pertumbuhan industri perbankan iaitu 3.9% bagi 2017.

  • Adakah Kumpulan mempunyai apa-apa rancangan supaya kadar ini setara atau lebih baik daripada kadar pertumbuhan deposit purata dalam industri?

(ii)   Melihat dari sudut baki deposit tertunggak dan bahagian pasaran industri, angka purata 3 tahun (tahun 2015 - 2017) yang dilaporkan adalah antara 16.6% hingga 16.9%. Bahagian deposit pelanggan teras untuk pasaran domestik berada pada 16.8% untuk TK2017.

Apakah cabaran yang dihadapi untuk memperbaiki kedudukan bahagian pasaran domestik? Apakah impak kenaikan Kadar Dasar Semalaman BNM pada bulan Januari 2018 ke atas Kumpulan?

KPJ Healthcare Bhd
(AGM)

  1. Seperti yang dinyatakan dalam Perbincangan dan Analisis Pengurusan (“MD&A”) pada halaman 21 Laporan Tahunan, Syarikat menanggung kos yang tinggi dari segi pembaikan dan perbelanjaan modal lain berikutan pelaburannya dalam membangunkan kemudahan perubatan bertaraf dunia.
  • Berapakah jumlah perbelanjaan modal (“CAPEX”) bagi tahun kewangan yang dikaji?
  • Berapakah jumlah CAPEX yang dijangka akan ditanggung pada TK2018?
  1. Nota 25 pada halaman 243 Laporan Tahunan menyatakan Penghutang Lain meningkat daripada RM54.5 juta dalam TK2016 kepada RM134.8 juta dalam TK2017.

Apakah yang menyebabkan kenaikan ini?

United Plantations Bhd
(AGM)

Seperti yang dinyatakan pada halaman 27 Laporan Tahunan, dilaporkan Syarikat akan meneruskan penanaman semula secara besar-besaran di kawasan dirian kelapa sawit yang lebih tua dan kurang produktif di Malaysia pada 2018.

Berapakah keluasan kawasan yang diperuntukkan untuk penanaman semula pada 2018 dan adakah pengeluaran pada 2018 akan terjejas dengan program penanaman semula besar-besaran ini?

Box-Pak (Malaysia) Bhd
(AGM)

Keuntungan Kumpulan mengalami penyusutan 2 tahun kewangan berturut-turut sebelum ini diiringi penurunan margin keuntungan kasar.

  • Sila kongsikan langkah yang diambil untuk menangani peningkatan kos buruh, kos pembuatan dan harga bahan mentah?
  • Bilakah Kumpulan dijangka akan mengubah prestasi kewangannya yang semakin merosot?
  • Bolehkah Lembaga kongsikan pendapat dengan pemegang saham tentang sama ada mengautomasikan aktiviti pembuatan Kumpulan dapat mengurangkan kos buruh yang semakin meningkat?

Lotte Chemical Titan Holdings Bhd  
(AGM)

Seperti yang dinyatakan dalam Perutusan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, kadar penggunaan kilang Kumpulan menurun daripada 91% kepada 73% dalam TK2017 sebahagian besarnya disebabkan oleh pelaksanaan dua pembaikpulihan berkanun rutin di tapak Malaysia dan pengurangan beban di loji polietilena Indonesia atas sebab-sebab ekonomi.

  • Adakah terdapat apa-apa aktiviti penyelenggaraan yang dirancang bagi TK2018? Bagaimanakah aktiviti ini dijangka memberi kesan kepada kadar penggunaan loji?
  • Apakah kadar penggunaan loji purata yang disasarkan untuk TK2018?
  • Adakah Lembaga Pengarah menjangkakan peningkatan dalam ekonomi polietilena pada TK2018?
  • Apakah harapan Lembaga Pengarah terhadap tebaran margin bagi TK2018?

Wesports Holdings Bhd
(AGM)

Dengan penggabungan yang sedang berlaku dalam kalangan kapal liner kontena dan kemunculan tiga perikatan perkapalan utama pada 2017, apakah kesannya kepada Syarikat dari segi prestasi perniagaan dan pertumbuhan pendapatan bergerak ke hadapan?

Kian Joo Can Factory Bhd
(AGM)

Dalam Nota 28 pada halaman 128 Laporan Tahunan, kami mendapati Kumpulan merekodkan pelupusan inventori yang lebih tinggi iaitu RM13 juta dalam TK2017 berbanding RM3.1 juta pada TK2016. Sila jelaskan.

Petronas Dagangan Bhd
(AGM)

Pendapatan Segmen Runcit meningkat 17% kepada RM13,855.2 juta pada TK2017 disebabkan harga jualan purata yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, peningkatan ini diimbangi oleh volum jualan yang lebih rendah. Walaupun volum lebih rendah, keuntungan kasar meningkat 15%.

  • Memandangkan Segmen Runcit terus menjadi penyumbang pendapatan tertinggi kepada Kumpulan, apakah strategi yang dirancang untuk meningkatkan jumlah jualan dalam TK2018?
  • Apakah harapan Lembaga Pengarah terhadap prestasi segmen ini untuk TK2018?
  • Berapa banyak stesen baharu yang akan dibina pada TK2018 dan berapakah jumlah perbelanjaan modal yang terlibat?

Cahya Mata Sarawak Bhd
(AGM)

1)    Sepanjang dua tahun kewangan lalu, sumbangan pendapatan daripada Segmen Perdagangan serta Simen dan Bahan Pembinaan kepada pendapatan Kumpulan didapati merosot.

Bagaimanakah Lembaga merancang untuk menangani penurunan dalam pendapatan daripada kedua-dua segmen ini? Adakah Lembaga meramalkan segmen-segmen ini akan berada dalam kedudukan yang lebih baik bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi pada TK2018? Sila jelaskan. 

2)    Apakah yang menyebabkan peningkatan ketara dalam perbelanjaan lain iaitu kira-kira 200%, daripada RM12,394,000 dalam TK2016 kepada RM37,126,000 dalam TK2017? Sila jelaskan.  

RHB Bank Bhd
(AGM)

Kami merujuk halaman 83 Laporan Tahunan mengenai Penunjuk Prestasi Utama dan mendapati Sumbangan Luar Negara mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai bagi 2016 dan 2017 masing-masing pada -10% dan -11%.

Bagaimanakah pihak pengurusan menangani keputusan negatif dan mengubah kedudukan unit-unit perniagaan di bawah “Peta Jalan Strategik, FIT22 2018-2022” selaras dengan Aspirasi 2020 (halaman 76, Laporan Tahunan) sebagai kuasa serantau dalam ASEAN+ dengan sasaran sumbangan 20% daripada operasi antarabangsa?

CIMB Group Holdings Bhd
(AGM)

Dalam Perbincangan dan Analisis Pengurusan (MDA) di bawah Kajian Strategik – “Sebenar berbanding Sasaran” pada halaman 26 Laporan Tahunan, kami mendapati Pertumbuhan Jumlah Pinjaman dan Caj Kerugian Pinjaman berada di bawah sasaran yang ditetapkan untuk TK2017 iaitu hanya 0.2% dan 0.69% berbanding 7.0% dan 0.60% - 0.65% bagi TK2017.

Apakah yang menyebabkan penurunan ini khususnya pertumbuhan jumlah pinjaman? Apakah prospek Kumpulan bagi TK2018?

Malakoff Corporation Bhd
(AGM)

Pada halaman 42 Laporan Tahunan, kami mendapati hasil pengeluaran yang rendah daripada loji kuasa SEV dan GB3 pada 2017, dengan faktor kapasiti purata kira-kira 44.09% dan 33.6%, masing-masing disebabkan oleh operasi komersial loji kuasa berdekatan yang lebih baharu dan lebih cekap.

(i)    Bolehkah loji kuasa SEV dan GB3 kekal berdaya saing dalam kalangan loji tenaga berdekatan yang lebih baharu dan lebih cekap?

(ii)   Apakah strategi Lembaga Pengarah untuk mengatasi hasil pengeluaran kuasa yang rendah daripada loji kuasa SEV dan GB3 pada masa hadapan?

  • Apakah jangkaan Lembaga daripada penjualan kuasa daripada loji kuasa SEV dan GB3 bagi tahun kewangan berakhir 2018?

Can-One Bhd
(AGM)

Pada halaman 44 Laporan Tahunan, penyata kedudukan kewangan yang disatukan mencatatkan penghutang perdagangan Kumpulan meningkat sebanyak 32.1%, daripada RM276.7 juta pada TK2016 kepada RM365.6 juta pada TK2017.

  • Apakah yang menyebabkan pertambahan penghutang perdagangan untuk mengatasi kadar pertumbuhan pendapatan sebanyak 22.4% untuk tahun kewangan berakhir 2017?
  • Kami merujuk Nota 27.4, halaman 103 Laporan Tahunan yang mana dinyatakan pendahuluan kepada anak-anak syarikat berjumlah sehingga RM927,000 telah terjejas. Apakah yang menyebabkan kejejasan ini? Adakah anak-anak syarikat ini milik penuh Syarikat?

Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat [email protected]

Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di         dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: