MSWG Weekly Newsletter 18 May 2018 (BM)

Friday, 18 May, 2018

18.05.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 

PeIbagai peristiwa berlaku dalam tempoh dua minggu ini.

Ahli politik aktif sebagai pengarah syarikat tersenarai

Syarat Tadbir Urus Korporat Bank Negara Malaysia (BNM) jelas menegaskan ahli politik yang aktif tidak boleh memegang jawatan pengarah sesebuah institusi kewangan.

Ahli politik yang aktif merujuk pada individu yang merupakan ahli mana-mana badan perundangan kebangsaan atau negeri, atau yang merupakan pemegang jawatan, atau memegang apa-apa jawatan atau kedudukan yang serupa dalam parti politik.

Sebenarnya, apabila dikaitkan dengan syarat Anti Pengubahan Wang Haram, Orang yang Terdedah kepada Politik (PEP) perlu tertakluk pada Ketekunan Wajar untuk Pelanggan Terpilih berbanding Ketekunan Wajar untuk Pelanggan Biasa.

Syarat ini adalah bukti terdapat peningkatan risiko apabila ada campur tangan politik dalam perniagaan dan apabila ahli politik dilantik ke dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai.

Buat masa ini kita mungkin boleh menamakan dua atau tiga syarikat tersenarai yang melibatkan ahli politik atau orang yang berkaitan politik dalam lembaga pengarah mereka, yang dilanda publisiti negatif akibat tuduhan penipuan atau penyelewengan.

Berita sedemikian memberi impak negatif terhadap reputasi syarikat tersenarai. Ia adalah khabar buruk bagi para pemegang saham minoriti kerana harga saham turut terjejas akibat berita negatif itu.

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) tidak menyatakan sebarang peruntukan atau rujukan mengenai ahli politik yang aktif sebagai pengarah syarikat tersenarai.

MCCG mengharapkan supaya lembaga pengarah sendiri yang menentukan selera risiko mereka dan komposisi lembaga pengarah melalui Jawatankuasa Pencalonan.

Oleh yang demikian, para pemegang saham memainkan peranan yang lebih penting kerana mereka yang memilih dan menentukan lembaga pengarah syarikat tersenarai. Oleh itu, aktivisme pemegang saham menjadi suatu wadah penting untuk mencapai hasil yang diingini apabila memperkatakan tentang tingkah laku syarikat tersenarai.

Namun, jika kita memetik sehalaman daripada syarat tadbir urus korporat BNM, sebagai langkah pengurusan risiko dari perspektif lembaga pengarah, mereka mungkin mengelakkan ahli politik aktif daripada memegang keahlian lembaga.

Mungkin sebagai peringatan serta langkah berjaga-jaga.

Kecenderungan politik peribadi pengarah dan syarikat tersenarai

Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah lain berhak memilih parti politik peribadi mereka.

Namun, ini tidak sepatutnya dikenakan ke atas syarikat tersenarai, secara eksplisit atau secara tersirat, kerana syarikat tersenarai adalah orang di sisi undang-undang dan bukan orang sebenar, tanpa cenderung kepada mana-mana parti politik.

Syarikat tersenarai perlu cakna, kerajaan pemerintah adalah pemegang kepentingan yang sah kerana hanya ada satu kerajaan. Parti politik bukanlah pemegang kepentingan kerana terdapat banyak parti dan ia adalah pilihan peribadi seseorang.

Oleh itu, syarikat tersenarai perlu kekal berkecuali tanpa berpihak kepada mana-mana parti kerana mereka tidak akan dapat menduga kecenderungan kolektif kesemua pemegang saham apabila syarikat menyokong parti politik. Perlu diingat, parti politik tidak sepatutnya dianggap sebagai pemegang kepentingan sesebuah syarikat tersenarai.

Ada kalanya syarikat tersenarai membelanjakan wang syarikat untuk menyokong parti politik, secara tunai atau barangan. Pemegang saham minoriti perlu menuntut supaya syarikat tersenarai ini bertanggungjawab kerana syarikat tersenarai wujud bagi meningkatkan nilai pemegang saham dan bertindak secara bertanggungjawab apabila ia melibatkan kepentingan pihak berkepentingan lain. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sukar untuk meyakinkan diri kita bahawa sesebuah parti politik adalah pemegang kepentingan yang sah apabila terdapat banyak parti politik dan banyak pemegang saham dengan banyak pilihan.

Pengerusi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ibarat wajah sesebuah syarikat tersenarai. Tingkah laku serta perkongsian pandangan peribadi mereka berisiko memberi kesan terhadap turun naik harga saham syarikat tersenarai mereka kerana pandangan peribadi ini boleh ditafsirkan sebagai pandangan atau kecenderungan korporat.

Kami perhatikan pada masa lalu terdapat hubungan antara pilihan parti politik dan pergerakan harga saham. Ini tidak adil kepada pemegang saham minoriti jika harga saham merudum disebabkan sokongan politik yang jelas.

Integriti dan kejujuran yang tidak diragui

Salah satu kriteria bagi ujian yang tepat dan sesuai bagi pengarah adalah mereka perlu mempunyai integriti yang tidak diragui.

Integriti ditafsirkan sebagai prinsip moral, kejujuran dan kesopanan, lebih daripada sekadar mematuhi undang-undang, peraturan dan kod.

Integriti ibarat kompas moral yang baik untuk pengarah dan kita semua. Ia bukan suatu kompas yang mudah untuk diikuti dan pasti akan ada tekanan yang kuat apabila kita melakukan perkara yang betul.

Perkara betul tetap betul dan yang salah tetap salah.

Sebagai manusia, kita tidak lari daripada kegagalan tetapi kita perlu bangkit semula demi memperjuangkan integriti.

 

Salam,

Devanesan

17 Mei 2018

 

 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

ES CERAMICS TECHNOLOGY BERHAD (“ES CERAMICS”)

Lembaga Pengarah ES Ceramics mengumumkan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 16 Mei 2018, pemegang saham syarikat telah meluluskan semua resolusi biasa berhubung cadangan penubuhan rancangan insentif jangka panjang sehingga 30% jumlah saham terbitan ES Ceramics (tidak termasuk saham perbendaharaan) pada bila-bila masa dalam tempoh pelan tersebut, untuk orang yang layak (“Cadangan LTIP”).

[Sumber: Pengumuman ES Ceramics di laman web Bursa Malaysia pada 16 Mei 2018]

KOMEN MSWG:

Cadangan LTIP sehingga 30% daripada jumlah saham terbitan ES Ceramics agak besar berbanding norma pasaran modal tempatan. Pemegang saham mungkin memahami keperluan untuk mengekalkan bakat melalui geran dan opsyen saham, namun terdapat pencairan yang ketara dalam perolehan sesaham (EPS) dan aset bersih sesaham bagi pemegang saham sedia ada.

Beberapa kebimbangan lain pemegang saham minoriti adalah seperti berikut:

(i)   Pengarah syarikat memperoleh 21.2 juta saham, mewakili kira-kira 10.3% daripada jumlah saham dari pasaran sekunder pada 15 Mei 2018, sehari sebelum EGM tersebut. Pengambilalihan besar saham syarikat oleh orang dalam boleh memberikan isyarat kepada pemegang saham dan pelabur bahawa akan ada perubahan dalam prestasi syarikat;

(ii)  Merujuk perkara di atas (i), Cadangan LTIP yang dikeluarkan mungkin merugikan para pemegang saham sekiranya saham-saham baru dikeluarkan pada harga yang rendah, terutama apabila harga saham syarikat diselaraskan kepada jajaran yang lebih rendah baru-baru ini. Harga saham syarikat merudum lebih 60% daripada kemuncaknya iaitu 63 sen pada 2016 kepada harga semasa iaitu 20 hingga 22 sen;

(iii) Pengarah bukan eksekutif, termasuk pengarah bebas, berhak kepada Cadangan LTIP. MSWG tidak menggalakkan amalan pemberian ganjaran saham dan opsyen kepada pengarah bukan eksekutif kerana mereka memainkan peranan tadbir urus yang penting dalam syarikat dan bertanggungjawab memantau pembahagian pemberian saham dan opsyen kepada pekerja dan pengarah eksekutif; dan

(iv) Pemberian ganjaran saham kepada pengarah bebas boleh menyebabkan mereka menjadi pemegang saham dan ini meningkatkan potensi konflik kepentingan yang mana mereka mungkin mengorbankan integriti terhadap pelaporan kewangan disebabkan lebih fokus kepada harga saham.

 

TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 21 HINGGA 25 MEI 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

21.05.18 (Isnin)
10.00 pagi

Malaysian Resources Corporation Bhd
(AGM/EGM)

Hotel Istana, 73, Jalan Raja Chulan, KL

21.05.18 (Isnin)
10.00 pagi

Berjaya Assets Bhd
(EGM)

Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

21.05.18 (Isnin)
10.30 pagi

Pansar Bhd 
(EGM)

Hotel Tanahmas, Jalan Kampung Nyabor, Sibu, Sarawak

22.05.18 (Selasa)
10.00 pagi

Allianz Malaysian Bhd 
(AGM)

Aloft Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur Sentral

22.05.18 (Selasa)
10.00 pagi

Malayan Flour Mills Bhd
(AGM)

Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, KL

22.05.18 (Selasa)
10.30 pagi

Kossan Rubber Industries Bhd
(AGM/EGM)

Pusat Konvensyen Setia City, 1 Jalan Setia Dagang AG U13/AG Setia Alam

23.05.18 (Rabu)
10.00 pagi

Axiata Group Bhd
(AGM)

Connexion @ Nexus, No. 7, Jalan Kerinchi, Bangsar South City

23.05.18 (Rabu)
10.00 pagi

UOA Development Bhd
(AGM)

Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar South City

23.05.18 (Rabu)
11.00 pagi

Perdana Petroleum Bhd
(AGM)

Hotel One World, First Avenue, Bandar Utama City Centre, PJ

23.05.18 (Rabu)
02.00 petang

Lafarge Malaysia Bhd 
(AGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1

24.05.18 (Khamis)
10.00 pagi

TSH RESOURCES BHD 
(AGM)

Hotel Eastin, Jalan Damansara, section 16/11, PJ

24.05.18 (Khamis)
10.00 pagi

TDM Bhd
(AGM)

Hotel Primula Beach, Jalan Persinggahan, Kuala Terengganu

24.05.18 (Khamis)
10.00 pagi

Aeon Co. (M) Bhd 
(AGM)

Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Jalan Imbi

24.05.18 (Khamis)
10.00 pagi

UMW Holdings Bhd 
(AGM)

Auditorium UMW, No. 3, Jalan Utas (15/7), Batu Tiga Industrial Estate, Shah Alam

24.05.18 (Khamis)
10.00 pagi

Hengyuan Refining Company
(AGM/EGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1

24.05.18 (Khamis)
10.00 pagi

Kumpulan Perangsang Selangor Bhd
(AGM)

Shah Alam 2, SACC Convec, No. 4, Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam

24.05.18 (Khamis)
10.30 pagi

Tan Chong Motor Holdings Bhd
(AGM)

Hotel Sunway Putra, 100, Jalan Putra, KL

24.05.18 (Khamis)
10.30 pagi

MBM Resources Bhd
(AGM)

Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Dewan Berjaya, Jalan Bukit Kiara

24.05.18 (Khamis)
10.30 pagi

Vitrox Corporation Bhd
(AGM)

Auditorium ViTrox Corporation Berhad, 85A, Lintang Bayan Lepas, Penang

24.05.18 (Khamis)
11.00 pagi

Petra Energy Bhd
(AGM)

The Royale Chulan Damansara, 2, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, PJ

24.05.18 (Khamis)
11.00 pagi

TA ANN Holdings Bhd 
(AGM)

Hotel Tanahmas, Lot 277, Block 5, Jalan Kampong Nyabor, Sibu, Sarawak

24.05.18 (Khamis)
11.00 pagi

Dayang Enterprise Holdings Bhd 
(AGM)

Hotel Imperial, Lot 827, Jalan Pos, Miri, Sarawak

24.05.18 (Khamis)
02.30 petang

OSK Holdings Bhd
(AGM/EGM)

Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

24.05.18 (Khamis)
02.30 petang

Syarikat Takaful Malaysia Bhd
(EGM)

Menara Takaful Malaysia, No.4, Jalan Sultan Sulaiman, KL

24.05.18 (Khamis)
03.00 petang

Uchi Technologies Bhd 
(AGM/EGM)

Hotel Evergreen Laurel, 53 Persiaran Gurney, Georgetown, Penang

24.05.18 (Khamis)
03.00 petang

Pelikan International Corporation Bhd (AGM)

The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Saujana Resort, Jalan Lapangan Terbang SAAS

25.05.18 (Jumaat)
09.00 pagi

Evergreen Fibreboard Bhd
(AGM)

Hotel Phoenix, Jalan Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, Johor

25.05.18 (Jumaat)
10.00 pagi

Sarawak Plantations Bhd
(AGM)

Hotel Riverside Majestic, Sarawak

25.05.18 (Jumaat)
10.00 pagi

Bonia Corporation Bhd
(EGM)

Hotel Le Quadri, Jalan Menara Gading 1, UCSI Heights, Taman Connaught, Cheras

25.05.18 (Jumaat)
12.00 tengah hari

Rimbunan Sawit Bhd
(AGM)

Menara Rimbunan Hijau, 101, Pusat Suria ermata, Jalan Upper Lanang, Sibu, Sarawak

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu untuk Diajukan

Malaysian Resources Corporation Bhd
(AGM/EGM)

Perolehan Kumpulan meningkat RM0.4 bilion atau 17%, daripada RM2.4 bilion pada TK2016 kepada RM2.8 bilion pada TK2017. Walau bagaimanapun, margin keuntungan kasar menurun daripada 24% pada TK2016 kepada 19% pada TK2017.

 

(i)         Sila jelaskan sebab penurunan margin keuntungan kasar.

 

(ii)        Adakah margin keuntungan kasar dijangka bertambah baik dalam TK2018?

 

Allianz Malaysian Bhd 
(AGM)

Kami mendapati dalam Penyata Pengerusi di halaman 35 Laporan Tahunan, dua pertikaian dalam kontrak insurans semula telah meningkatkan jumlah kejejasan untuk penghutang dalam insurans am dan memberi kesan terhadap keuntungan sebelum cukai syarikat.

 

Sila jelaskan tentang pertikaian ini. Apakah prospek pemulihan dan langkah yang sudah diambil setakat ini?

 

Malayan Flour Mills Bhd
(AGM)

Seperti yang dinyatakan di halaman 14 dan 125 Laporan Tahunan, usaha sama Kumpulan di Indonesia menyaksikan pertumbuhan pendapatan yang memberangsangkan kepada RM995 juta pada 2017 berbanding RM540 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

 

  1. Walau bagaimanapun, bahagian keuntungan Kumpulan pada 2017 hanya lebih tinggi sebanyak RM7.8 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu RM6.4 juta. Sila jelaskan sebab bahagian keuntungan pada 2017 tidak meningkat seiring pendapatan perniagaan usahasama di Indonesia.

 

  1. Apakah dasar dividen semasa perniagaan usaha sama di Indonesia?

 

Kossan Rubber Industries Bhd
(AGM/EGM)

Seperti yang dilaporkan di halaman 107 Laporan Tahunan, Kumpulan mencatatkan kerugian pertukaran asing belum direalisasi yang ketara pada penghutang sebanyak RM6.4 juta dalam TK2017 (TK2016: Tiada).

 

  1. Apakah yang menyebabkan kerugian pertukaran asing ke atas penghutang?

 

  1. Adakah kerugian ini dijangka berulang?

 

  1. Bagaimanakah Kumpulan mengurus risiko lindung nilai?

 

Axiata Group Bhd
(AGM)

Seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan dan Tabir Urus Beraudit 2017 di bawah Maklumat Pematuhan Tambahan di halaman 36, jumlah yuran bukan audit yang dikenakan untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Kumpulan Axiata oleh juruaudit luar Kumpulan, PricewaterhouseCoopers PLT dan syarikat gabungannya untuk TK2017 adalah RM18.772 juta. Jumlah ini mewakili kira-kira 45% peningkatan dari TK2016.

  1. Sila jelaskan sebab peningkatan yang ketara dalam yuran bukan audit ini?
  2. Bagaimanakah Axiata memastikan kebebasan juruaudit apabila yuran bukan audit kira-kira 52% melebihi jumlah yuran audit kumpulan untuk TK2017?

UOA Development Bhd
(AGM)

Stok hartanah pembangunan meningkat daripada RM217 juta dalam TK2016 kepada RM969 juta dalam TK2017 iaitu peningkatan sebanyak RM752 juta atau 347% seperti yang dilaporkan di halaman 103 Laporan Tahunan ini.

  1. Apakah yang menyebabkan peningkatan yang tinggi ini?
  2. Apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan hartanah pembangunan yang belum dijual?

Perdana Petroleum Bhd
(AGM)

Seperti yang diketengahkan dalam Perkara Audit Utama Laporan Juruaudit Bebas di halaman 134 Laporan Tahunan, liabiliti semasa Kumpulan dan Syarikat melebihi aset semasa sebanyak RM703.9 juta dan RM741 juta pada akhir TK2017. Kumpulan telah melanggar syarat tertentu bagi tiga pinjaman berjangka dan Sukuk dengan nilai keseluruhan berjumlah RM601.6 juta.

Berikutan itu, bahagian bukan semasa pinjaman berjangka berjumlah RM34.5 juta dan Sukuk berjumlah RM438.5 juta telah dikelaskan semula kepada liabiliti semasa pada tarikh pelaporan. Tambahan pula, Kumpulan dan Syarikat mencatatkan kerugian bersih masing-masing berjumlah RM186.1 juta dan RM76.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. Hal ini menimbulkan kebimbangan sama ada Kumpulan dan Syarikat mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk memenuhi obligasi mereka untuk 12 bulan akan datang dari akhir tempoh pelaporan.

Halaman 104 Laporan Tahunan juga melaporkan anggaran pembayaran balik yang dijangka pada tahun kewangan akan datang mengikut jadual pembayaran balik pinjaman masing-masing berjumlah RM147.7 juta.

Bagaimanakah Lembaga Pengarah memastikan Kumpulan dan Syarikat mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk memenuhi obligasi jangka pendek mereka?

TSH Resources Bhd 

(AGM)

Seperti yang dilaporkan di halaman 11 Laporan Tahunan 2017, kilang kelapa sawit baru di Sumatera telah memulakan operasi komersial pada awal 2018, menjadikan jumlah kilang yang dikendalikan oleh Kumpulan kepada 7.

  1. Apakah kapasiti pengilangan setiap kilang yang dikendalikan oleh Kumpulan dan apakah kadar penggunaan kilang-kilang ini dalam TK2017?
  2. Bagaimanakah kilang baru di Sumatera, yang memulakan operasi pada awal tahun 2018 dijangka menyumbang kepada pendapatan dan keuntungan Kumpulan pada TK2018?
  3. Halaman 12 Laporan Tahunan 2017 melaporkan, (buah segar bertandan) FFB yang diproses oleh kilang berjumlah 1,332,861 mt dan pengeluaran FFB Kumpulan adalah 710,105 mt pada TK2017. Berdasarkan data ini, sekurang-kurangnya 47% FFB yang diproses oleh kilang-kilang Kumpulan adalah daripada pihak ketiga.

Berapakah peratusan FFB yang dibeli daripada pihak ketiga berkaitan pembelian daripada pihak berkaitan?

TDM Bhd

(AGM)

Sorotan Kewangan di halaman 16 Laporan Tahunan menunjukkan dalam tempoh lima tahun yang lepas dari 2013 hingga 2017, pulangan purata ekuiti pemegang saham (ROE) menurun daripada 3.76% pada TK 2013 kepada 1.34% pada TK2017. Perolehan sesaham (EPS) juga merosot daripada 3.18 sen pada TK2013 kepada 1.46 sen pada TK2017.

  1. Apakah faktor utama yang menyebabkan penurunan ROE dan EPS dalam tempoh lima tahun yang lalu?
  2. Apakah jangkaan trend ROE dan EPS Kumpulan dan apakah sebab untuk jangkaan trend ini bergerak ke hadapan?
  3. Adakah penunjuk kewangan ini mempunyai KPI atau sasaran dalaman?
  4. Apakah langkah yang boleh diambil oleh Lembaga untuk mencapai ROE dan EPS yang lebih baik?

Hengyuan Refining Company

(AGM/EGM)

Seperti yang dinyatakan di halaman 40 Laporan Tahunan, semua projek utama HRC berjalan mengikut perancangan kecuali Projek Euro 4M Mogas. Projek ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang pada asalnya kerana kelewatan yang tidak dijangka dalam pembuatan dan penghantaran peralatan utama. Syarikat menyatakan ia sedang meneroka pilihan untuk meminimumkan kesan kelewatan ini ke atas pengeluaran dan pendapatan.

Apakah pilihan yang sedang diteroka oleh Syarikat? Adakah Lembaga yakin projek ini akan berjalan lancar?

OSK Holdings Bhd
(AGM/EGM)

Seperti yang dinyatakan di halaman 62 Laporan Tahunan, segmen Hospitaliti mencatatkan kerugian sebelum cukai yang lebih rendah iaitu sebanyak RM11.2 juta pada TK2017 berbanding RM23.4 juta pada TK2016; pengurangan sebanyak 52%. Pendapatan pula jauh lebih rendah iaitu RM106.6 juta dalam TK2017 berbanding RM120.7 juta pada TK2016, dengan pengurangan sebanyak 12%.

  1. Mengapakah segmen ini mencatatkan penurunan sebanyak 52% sedangkan pendapatan hanya merosot 12%?
  2. Bilakah segmen ini dijangka menjana keuntungan?

Penganalisa MSWG     

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat, [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN          

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di         dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

Language: