MSWG Weekly Newsletter 15 March 2019 (BM)

Friday, 15 March, 2019

15.03.2019

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

PLS PLANTATIONS BERHAD (“PLS” atau “Syarikat”)

Pada 4 Mac 2019, Syarikat mengeluarkan Notis Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membentangkan cadangan mempelbagaikan aktiviti utama sedia ada PLS Plantations Bhd dan anak-anak syarikatnya bagi memasukkan tanaman, pengeluaran dan pengedaran durian serta aktiviti berkaitan.

[Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6086265

http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5937145

 

Komen MSWG:

Merujuk pada Pekeliling kepada Pemegang Saham bertarikh 5 Mac 2019 (‘Pekeliling’) dan lampiran kepada pengumuman Syarikat bertarikh 9 Oktober 2018 (‘Lampiran’), yang berkaitan cadangan mempelbagaikan aktiviti, kami mendapati beberapa isu yang memerlukan penjelasan lanjut. Oleh itu, kami telah pun mengemukakan soalan berikut kepada Lembaga Pengarah PLS melalui surat bertarikh 11 Mac 2019:-

  1. Lampiran dalam pengumuman Syarikat bertarikh 9 Oktober 2018 (‘Lampiran’), di bawah perjanjian langganan saham (‘Perjanjian Langganan’) menyatakan pertimbangan pembelian bagi 600,000 saham biasa baru dalam Dulai Fruits Enterprise Sdn Bhd (‘Dulai’) berjumlah RM3 juta yang bermakna RM5 sesaham.

Di bawah perjanjian Jual Beli Saham (‘SPA’), pertimbangan pembelian untuk pembelian 800,000 saham Dulai daripada vendor (Pengarah Urusan Dulai) berjumlah RM18,000,000. Ini diterjemahkan kepada RM22.50 sesaham.

Mengapakah harga sesaham yang dibayar kepada Penjual di bawah SPA jauh lebih tinggi daripada harga di bawah Perjanjian Langganan?

  1. Agregat pertimbangan untuk cadangan transaksi ini berjumlah RM21 juta. Seperti yang dinyatakan di halaman 2 dalam Pekeliling kepada Pemegang Saham bertarikh 5 Mac 2019 (‘Pekeliling’), aset bersih Dulai berjumlah RM1.45 juta berdasarkan penyata kewangan terkini bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018. Dulai juga tidak memiliki mana-mana estet atau ladang durian. Ia bergantung pada pembekal durian, petani, pekebun kecil untuk mendapatkan bekalan durian.

Seperti yang dijelaskan dalam Lampiran, pertimbangan tersebut dicapai selepas mengambil kira, antara lain, prestasi kewangan dan potensi pendapatan Dulai, Jaminan Keuntungan dan prospek industri durian.

  1. Melihat prestasi kewangan dan potensi pendapatan Dulai, berapakah unjuran keuntungan selepas cukai (PAT) untuk tempoh 5 tahun akan datang? Apakah faktor penyumbang, dalaman dan luaran, yang diambil kira dalam pengiraan unjuran keuntungan?
  2. Berkenaan prospek industri durian, seperti yang dijelaskan di halaman 4 Pekeliling, salah satu faktor yang dipertimbangkan ialah Malaysia sudah pun mendapat kelulusan untuk mengeksport durian beku dalam bentuk buah ke China pada 20 Ogos 2018. Ini memberikan potensi besar bagi industri durian Malaysia kerana China kini merupakan pengguna durian terbesar di dunia.

Berapakah jumlah eksport tahunan Dulai ke China (dari segi jumlah dan peratus daripada jumlah jualan oleh Dulai) dan berapakah jumlah eksport yang diunjurkan dalam tempoh tiga tahun akan datang?

  1. Seperti yang dinyatakan di halaman 3 dalam Lampiran, berdasarkan pemotongan tarikh kewangan yang dipersetujui untuk proforma kewangan iaitu pada 31 Ogos 2018 dan semakan usaha wajar, nilai proforma aset bersih Dulai tidak kurang daripada RM2.282 juta.
  1. Berapakah nilai sebenar aset bersih Dulai pada pemotongan tarikh kewangan?
  2. Memandangkan Dulai tidak memiliki apa-apa estet atau ladang durian, apakah aset utama yang dimiliki oleh Dulai?

(d) Bilakah jangkaan tempoh bayaran balik untuk pelaburan ini?

  1. Seperti yang dinyatakan di halaman 12 dalam Lampiran, Penjual bersetuju dan berjanji untuk menjamin PATAMI Dulai yang sudah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 2019, 2020 dan 2021 adalah tidak kurang daripada RM10 juta. Penjual meletakkan 10,666,667 saham pertimbangan, bernilai RM0.75 sesaham, berjumlah RM8 juta, sebagai cagaran untuk jaminan prestasi ini.

Walaupun pertimbangan saham bernilai RM0.75 sesaham, nilai cagaran ini tidak mencukupi untuk menjamin PATAMI yang diaudit.

Lagipun, jika nilai cagaran berubah mengikut perubahan harga saham pertimbangan, bagaimanakah Syarikat memastikan nilai cagaran adalah cukup untuk menampung sebarang kekurangan dalam jaminan keuntungan jika harga saham pertimbangan jatuh di bawah RM0.75 sesaham?

  1. Halaman 13 dalam Lampiran melaporkan bahawa Dulai mencatatkan kerugian selepas cukai (LAT) berjumlah RM13,578 dan kekurangan modal sebanyak RM13,478 untuk tempoh kewangan dari 10 Jun 2016 (tarikh penubuhan Syarikat) sehingga 30 Jun 2017. Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2018, Dulai mencatatkan keuntungan selepas cukai berjumlah RM1.96 juta dan aset bersih Syarikat berjumlah RM1.45 juta.

Apakah faktor yang menyumbang kepada peningkatan ketara dalam keuntungan dan nilai aset bersih Dulai dalam tempoh setahun yang lalu?

  1. Halaman 3 daripada Pekeliling menyatakan Lembaga PLS menjangka perniagaan durian mampu menyumbang 25% atau lebih daripada keuntungan bersih Kumpulan pada masa hadapan?

Berapa lamakah jangka masa bagi perniagaan durian untuk mencapai sumbangan 25% kepada keuntungan bersih Kumpulan?

  1. Halaman 11 dalam Pekeliling ada menyatakan “Cadangan kepelbagaian tidak akan memberi kesan terhadap modal saham dan pegangan pemegang saham utama PLS kerana ia tidak melibatkan sebarang terbitan saham PLS baru.”

Sila berikan penjelasan lanjut berhubung kenyataan yang diutarakan berkaitan Perjanjian Jual Beli dengan Penjual yang melibatkan penerbitan 24 juta saham biasa baru PLS.

Wakil MSWG akan menghadiri EGM pada 19 Mac 2019 bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada Lembaga PLS.


TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 18 HINGGA 22 MAC 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

19.03.19 (Selasa)

10.30 pagi

PLS Plantations Bhd

(EGM)

Kelab Sri Damansara, Lot 23304, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara

 

Language: