MSWG Weekly Newsletter 14 June 2019 (BM)

Friday, 14 June, 2019

14.06.2019

TANDAKAN KALENDAR ANDA!

TADBIR URUS KORPORAT MSWG-ASEAN 2018

AKAN DIADAKAN DI HOTEL MAJESTIC, KUALA LUMPUR

PADA HARI RABU, 31 JULAI 2018

Penemuan dan keputusan tahap Tadbir Urus Korporat syarikat tersenarai awam di Malaysia yang menggunakan Metodologi Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN akan diumumkan diikuti majlis penyampaian anugerah bagi mengiktiraf syarikat-syarikat yang menunjukkan tahap amalan tadbir urus korporat yang tinggi.

Kami mengharapkan penyertaan dan sokongan anda pada majlis tersebut.


MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Ahli politik dalam Lembaga Pengarah PLC

Kami sering menegaskan bahawa pelantikan ‘ahli politik yang aktif’ dalam lembaga pengarah PLC bukanlah amalan tadbir urus yang baik.

Bank Negara Malaysia (BNM), dalam Garis Panduan Tadbir Urus Korporat, menyatakan dengan jelas bahawa “Seseorang ahli politik yang aktif tidak boleh menjadi pengarah institusi kewangan”.

Menurut BNM, “ahli politik yang aktif” merujuk kepada individu yang merupakan ahli mana-mana badan perundangan negara atau negeri, atau pemegang jawatan atau memegang apa-apa jawatan atau kedudukan yang seumpamanya dalam parti politik.

Tiada istilah ahli politik baik dan ahli politik jahat. Ahli politik yang baik boleh bertukar watak mengikut peredaran masa dan begitu juga ahli politik yang sebaliknya. Kami tidak mahu membahaskan tentang siapa ahli politik yang baik dan siapa ahli politik yang tidak baik.

Terdapat juga isu komitmen masa apabila ahli politik yang aktif menduduki kerusi lembaga pengarah sesebuah PLC.

Kami ingin menyentuh subjek ini daripada perspektif risiko konflik kepentingan. Apa yang ingin kami sampaikan ialah terdapat potensi yang lebih tinggi wujud risiko konflik kepentingan apabila ahli politik memegang jawatan pengarah dalam lembaga sesebuah PLC. Sebagai amalan tadbir urus yang baik, ia perlu dielakkan supaya tidak berlaku konflik kepentingan.

George Santayana, seorang ahli falsafah, penulis dan penyair terkenal pernah berkata, “Mereka yang tidak mengingati peristiwa lampau pasti akan mengulanginya”.

Ini adalah waktu yang tepat untuk mengimbau peristiwa yang berlaku kepada FGV Holdings Berhad dan Lembaga Tabung Haji (walaupun bukan PLC tetapi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan). Kedua-duanya syarikat ini mempunyai ahli politik yang memegang jawatan dalam Lembaga Pengarah.

Kami perhatikan tiga PLC mempunyai ahli politik dalam lembaga pengarah mereka iaitu Perak Corporation Berhad - anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Perak (SEDC), MajuPerak Holdings Berhad, sebuah lagi syarikat SEDC Perak dan PBA Holdings Berhad, sebuah syarikat negeri Pulau Pinang.

Kumpulan Perangsang Selangor pernah melantik ahli politik ke dalam lembaga pengarah tetapi nampaknya kini sudah tiada.

Kerajaan negeri boleh melantik calon yang sesuai dan layak untuk menjadi lembaga pengarah PLC bagi menjaga kepentingan negeri dan calon ini tidak semestinya ahli politik.

 

Perak Corporation Berhad (PCB)

PCB, yang diselubungi pelbagai masalah dan isu kewangan, mempunyai dua Ahli Dewan Undangan Negeri (di bawah Dewan Perundangan Negeri Perak) di dalam lembaga pengarahnya.

 

MajuPerak Holdings Berhad

Lembaga pengarah Syarikat ini juga dianggotai beberapa ahli politik.

Politik dan perniagaan tidak sepatutnya dicampur aduk terutama apabila melibatkan jawatan di peringkat lembaga pengarah. Dua unsur ini jika disatukan kelak menimbulkan risiko berlaku kerosakan dalam tahap yang sukar dibayangkan.

 

PBA Holdings Berhad (PBA)

PBA adalah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (“GLC”) dan komposisi lembaga pengarah semasa adalah seperti berikut:

Jenis Pengarah

Jumlah

Pengarah

(Bilangan Mesyuarat Lembaga yang dihadiri untuk TK berakhir 31 Disember 2018 dinyatakan dalam kurungan)

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED)

6

1) Dato’ Agatha Foo Tet Sin (6/6)

2) Dato’ Syed Mohamad bin Syed Murtaza (6/6)

3) Dato’ Seri Nazir Ariff bin Mushir Ariff (6/6)

4) Mary Geraldine Phipps (6/6)

5) Dato’ Brian Tan Guan Hooi (5/6)

6) Dato’ SR. Kuvenaraju A/L Pachappen (6/6)

Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas (NINED)

Ahli politik yang dilantik oleh pemegang saham utama (Setiausaha Kerajaan Negeri, Pulau Pinang 55% dan Penang Development Corporation 10%)

7

1) Chow Kon Yeow - Ketua Menteri Pulau Pinang (6/6)

2) Dato’ IR. Haji Ahmad Zaki Yuddin bin Abd. Rahman - Timbalan Menteri I (1/2)

3) Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy - Timbalan Menteri II (5/6)

4) Zairil Khir Johari - Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungah (1/2)

5) Dr. Afif bin Bahardin - Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya (2/2)

6) Muhammad Faiz bin Fadzil - Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir (1/1)

7) Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq - Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam (1/1)

 

Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas (NINED)

Lantikan oleh pemegang saham utama (Setiausaha Kerajaan Negeri, Pulau Pinang 55% dan Penang Development Corporation 10%)

2

1) Dato’ Seri Farizan bin Darus – Setiausaha Negeri Pulau Pinang (6/6)

2) Dato’ Sarul Bahiyah binti Abu – Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang (6/6) -

JUMLAH

15

 

Dipetik daripada Laporan Tahunan PBA 2018

Seperti yang boleh diperhatikan, 9 daripada 15 pengarah secara konstruktif mewakili negeri dan pihak berkepentingan (awam). Oleh itu, terdapat cabaran dalam mengimbangi kepentingan para pemegang saham dengan kepentingan awam pemegang kepentingan. Selain itu, terdapat keperluan untuk menilai sama ada 15 ahli Lembaga boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan.

Kami juga mendapati ada 7 ahli politik dalam lembaga pengarah dan ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat keperluan untuk melantik seramai itu? Walaupun tanpa ahli politik, kehadiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang dalam lembaga pengarah PBA sudah memadai untuk melindungi kepentingan Negeri sewaktu perbincangan dan proses membuat keputusan.

Di samping itu, PBA gagal mematuhi Amalan 4.1 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (“MCCG”) 2017 yang mensyaratkan sekurang-kurangnya separuh daripada lembaga pengarah terdiri daripada Pengarah Bebas kerana kini terdapat hanya 6 Pengarah Bebas daripada 15 ahli Lembaga Pengarah.

Dalam AGM yang diadakan pada 30 Mei 2019 baru-baru ini, MSWG membangkitkan persoalan ini dan maklum balas yang diberikan oleh Lembaga adalah seperti berikut:

Sila ambil perhatian bahawa PBA adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (“GLC”). Hubungan dengan kerajaan negeri adalah penting kerana anak syarikat 100% milik kami iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (“PBAPP”) menyediakan perkhidmatan bekalan air di Pulau Pinang. Bekalan air adalah perkhidmatan harian penting yang memberi kesan terhadap kehidupan 1.77 juta penduduk di Pulau Pinang dan semua perniagaan, besar dan kecil, yang beroperasi di Pulau Pinang. Oleh itu, komposisi PBA memerlukan semakan dan imbangan.

Kesemua ahli politik yang dilantik, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Menteri I dan II, dilantik ke dalam Lembaga Pengarah berdasarkan jawatan mereka dalam kerajaan Negeri. Mereka dilantik supaya memikul tanggungjawab mewakili dan melindungi kepentingan Negeri dan rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu, Pengarah Bebas dengan pengalaman dan kepakaran yang luas sebagai pengarah, bertindak sebagai penjaga kepentingan para pemegang saham minoriti dan pendapat mereka dipandang serius dalam proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengarah.

Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Tadbir Urus Korporat 2018, Lembaga tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menambah bilangan Pengarah Bebas, memandangkan kesemua 15 anggota Lembaga Pengarah memegang jawatan Bukan Eksekutif.

MSWG berpendapat Lembaga Pengarah tidak menyentuh perkara utama iaitu bagaimanakah Lembaga mengurus potensi konflik kepentingan yang mungkin timbul dalam dua aspek berikut:

  1. antara kepentingan pemegang saham dan kepentingan politik
  2. antara kepentingan pemegang saham dan kepentingan pihak berkepentingan

Menurut Keperluan Penyenaraian Bursa, tiada sekatan terhadap ahli politik untuk menganggotai lembaga pengarah PLC, tidak seperti garis panduan yang lebih ketat di bawah Bank Negara yang dengan tegas melarang ahli politik aktif untuk menganggotai lembaga pengarah institusi kewangan.

Apa yang menarik perhatian kami ialah tujuh ahli politik ini adalah ahli Pakatan Rakyat yang memegang manifesto, Buku Harapan - Janji ke 22 iaitu berjanji untuk menjadikan tadbir urus GLC pada kelas dunia, setara dengan piawaian antarabangsa dan yang jelas menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli-ahli lembaga GLC negara dan negeri dibuat berdasarkan merit dan profesionalisme dan bukan berdasarkan politik. Kerajaan Pakatan Harapan akan menerima pakai piawaian antarabangsa, seperti Garis Panduan OECD berkaitan Tadbir Urus Korporat Syarikat Milik Negeri untuk memperbaiki keseluruhan tadbir urus GLC kami.

Amalan semasa seperti yang disaksikan dalam kes PBA jelas bertentangan dengan perkara di atas, kerana mempunyai 7 ahli politik dalam lembaga pengarah adalah bertentangan dengan janji ‘tidak berkaitan politik’.

Melihat dari sudut komitmen masa, kita perhatikan bahawa Dato’ IR. Haji Ahmad Zaki Yuddin bin Abd. Rahman - Timbalan Menteri I tidak hadir pada AGM baru-baru ini dan Dr. Afif bin Bahardin yang hadir pada permulaan AGM meninggalkan tempat duduk beliau dalam tempoh separuh pertama mesyuarat bersidang dan tidak kembali selepas itu. Apabila MSWG mempersoalkan ketidakhadiran 2 NINED ini, Pengerusi memaklumkan bahawa Dato’ IR. Haji Ahmad Zaki Yuddin bin Abd. Rahman tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain dan Dr Afif bin Bahardin terpaksa beredar untuk menghadiri acara lain.

AGM adalah acara tahunan yang melibatkan para pemegang saham dan kebanyakan PLC akan merancang tarikh mesyuarat AGM lebih awal bagi memberikan notis yang mencukupi kepada para Pengarah untuk menjadualkan mesyuarat ini dalam kalendar masing-masing. Oleh itu kesemua Pengarah perlu menghadiri dan mengambil bahagian dalam perjalanan mesyuarat.

Ini juga suatu Amalan di bawah MCCG 2017 iaitu Amalan 12. 2 yang mengkehendaki semua pengarah menghadiri Mesyuarat Agung. Pembentangan Audit, Pencalonan, Pengurusan Risiko dan jawatankuasa-jawatankuasa lain perlu memberikan maklum balas yang bermakna kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada mereka. Mesyuarat agung biasanya dianggap sebagai satu daripada peluang yang disediakan untuk para pemegang saham berkomunikasi secara langsung dengan lembaga. Oleh itu kehadiran lembaga pengarah dilihat penting sewaktu mesyuarat ini bagi menjawab persoalan dan kebimbangan yang diutarakan oleh para pemegang saham.

Berdasarkan jadual di atas, terdapat empat Pengarah termasuk tiga ahli politik yang mempunyai kehadiran yang tidak penuh dalam mesyuarat Lembaga bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Ini tidak menunjukkan komitmen dan penyertaan oleh Pengarah-pengarah ini dalam hal-hal berkaitan Syarikat.

Jelas sekali Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran PBA (“NRC”) perlu menilai semula komposisi ahli lembaga pengarahnya bagi menentukan keberkesanan dan kecekapan mereka dalam melaksanakan tugas fidusiari bagi menjaga kepentingan terbaik Syarikat dan pemegang sahamnya serta membuat saranan yang sesuai kepada Lembaga Pengarah.

NRC perlu mengkaji saiz lembaga, komposisi lembaga, kemahiran dan kepelbagaian serta sama ada ahli politik perlu meneruskan pegangan jawatan dalam Lembaga Pengarah. Adakah ahli politik boleh menjadi lembaga pengarah sesebuah syarikat, apatah lagi tujuh ahli politik dalam lembaga pengarah Syarikat?

MSWG berpendapat bahawa ahli politik yang aktif tidak sepatutnya menggangotai lembaga pengarah PLC.


TINJAUAN MINGGUAN AGM/EGM MSWG UNTUK TEMPOH 17 HINGGA 21 JUN 2019

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG) pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

 

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

17.06.19 (Isnin)
09.00 pagi

D'Nonce Technology Bhd
(AGM)

Hotel Crown Garden, PT 302 & 303 Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan

18.06.19 (Selasa)
10.00 pagi

Genting Plantations Bhd
(AGM)

Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, KL

19.06.19 (Rabu)
09.30 pagi

TH Heavy Engineering Bhd 
(AGM)

Novotel Kuala Lumpur City Centre

19.06.19 (Rabu)
10.00 pagi

Genting Malaysia Bhd 
(AGM)

Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, KL

19.06.19 (Rabu)
10.00 pagi

Adventa Bhd
(AGM)

21, Jalan Tandang 51/205A, Seksyen 51, Petaling Jaya,

19.06.19 (Rabu)
10.00 pagi

Perak Corporation Berhad
(AGM)

Pusat Konvensyen Amanjaya, Casuarina @ Meru Hotel Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak

19.06.19 (Rabu)
11.00 pagi

MSM Malaysia Holdings Bhd
(AGM)

Menara Felda, Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC, KL

19.06.19 (Rabu)
11.00 pagi

Amalgamated Industrial Steel Bhd
(AGM)

Menara LGB, No. 1, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr. Ismail, KL

19.06.19 (Rabu)
02.30 petang

Mudajaya Group Bhd
(AGM)

Menara Mudajaya, Mutiara Damansara, PJ

19.06.19 (Rabu)
03.00 petang

Sunway Construction Group Bhd
(AGM)

Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway

20.06.19 (Khamis)
09.00 pagi

Serba Dinamik Holdings Bhd
(AGM)

IDCC Shah Alam, Convention Hall, Level 7, Jalan Pahat L15/L, Seksyen 15, Shah Alam

20.06.19 (Khamis)
10.00 pagi

Genting Bhd
(AGM)

Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, KL

20.06.19 (Khamis)
10.00 pagi

Sapura Resources Bhd
(AGM)

Sapura @ Mines, No. 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City, Sri Kembangan

20.06.19 (Khamis)
10.00 pagi

Xidelang Holdings Ltd
(AGM)

The Everly Hotel Putrajaya, No. 1, Jalan Alamanda 2, Precint 1, Putrajaya

20.06.19 (Khamis)
10.30 pagi

Aeon Credit Service (M) Bhd
(AGM)

Hotel InterContinental, jalan Ampang, KL

20.06.19 (Khamis)
11.00 pagi

KYM Holdings Bhd
(AGM)

No. 12 Lorong Medan Tuanku Satu, Kuala Lumpur

20.06.19 (Khamis)
03.00 petang

Sunway Bhd
(AGM)

Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

D'Nonce Technology Bhd
(AGM)

Nota 11 kepada Penyata Kewangan di halaman 97 Laporan Tahunan menunjukkan peningkatan sebanyak RM1.56 juta atau 103% dalam kerugian rosotnilai yang dikenakan ke atas penghutang perdagangan.

  1. Seperti yang dijelaskan dalam Nota 11(g) kepada Penyata Kewangan di halaman 100 Laporan Tahunan, rosotnilai adalah berkaitan penghutang individu yang menunjukkan kesulitan kewangan yang ketara dan gagal membuat pembayaran.

Apakah kebarangkalian hutang-hutang ini dipulihkan? Berapa banyak hutang yang berjaya dikutip semula selepas akhir tahun kewangan?

  1. Adakah terdapat keperluan bagi Syarikat untuk mengkaji semula dasar kreditnya bagi membendung peningkatan rosotnilai daripada penghutang perdagangan?

Genting Plantations Bhd
(AGM)

Seperti yang dilaporkan dalam Kenyataan Pengerusi (halaman 2 Laporan Tahunan 2018), separuh kedua 2018 menyaksikan beberapa situasi negatif seperti tahap inventori minyak sawit yang tinggi, pengenaan duti import yang tinggi terhadap produk minyak sawit oleh India, keengganan Kesatuan Eropah menggunakan minyak sawit, pengurangan kuasa membeli pengimport minyak sawit utama berikutan mata wang yang lemah berbanding Dolar Amerika Syarikat, ketegangan perdagangan AS-China yang berlarutan dan limpahan bekalan kacang soya dari Amerika Syarikat.

  1. Menyentuh tahap inventori minyak sawit dan bekalan kacang soya, apakah situasi pada separuh pertama 2019 dan apakah yang diharapkan pada separuh kedua 2019?
  2. Bagaimanakah permintaan untuk minyak sawit mentah dan apakah purata harga minyak sawit mentah pada separuh pertama 2019? Apakah jangkaan pada separuh kedua 2019?

TH Heavy Engineering Bhd 
(AGM)

Skim Pengaturan Kumpulan (SOA) dengan pemiutangnya menunjukkan perkembangan. Walau bagaimanapun, Laporan Juruaudit Bebas di halaman 50 Laporan Tahunan menyatakan bahawa keupayaan SOA dan Syarikat yang Diluluskan Skim yang melibatkan Syarikat dan anak syarikatnya iaitu THHE Fabricators Sdn. Bhd. dan O&G Works Sdn. Bhd. bergantung pada kejayaan penerbitan ICPS-i baharu. Hasil dan tempoh masa pelaksanaan penerbitan ICPS-i yang baharu masih belum dapat dipastikan.

Apakah perkembangan terbaharu dan prospek penerbitan ICPS-i ini serta impaknya terhadap Cadangan Pelan Regularisasi Kumpulan?   

Genting Malaysia Bhd 
(AGM)

Seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Pengerusi (Halaman 2), Kumpulan mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM86.3 juta, sebahagian besarnya disebabkan oleh kerugian rosotnilai terhadap pelaburan Kumpulan dalam nota janji hutang yang dikeluarkan oleh puak Mashpee Wampanoag. Halaman 3 melaporkan bahawa kerugian rosotnilai ini boleh diselaraskan apabila hak milik tanah puak ini dimeterai dan penilaian dibuat terhadap nota janji hutang ini supaya boleh diperoleh semula.

  1. Sila jelaskan bagaimana Kumpulan boleh melabur dalam nota janji hutang yang mengakibatkan Kumpulan mengalami kerugian rosotnilai yang tinggi? Adakah Syarikat tidak membuat kajian atau ketekunan wajar?
  2. Berapakah anggaran jumlah perbelanjaan asal untuk membina kasino di India dan berapa banyak yang sudah dibelanjakan? Apakah status pembangunan terkini? Adakah Kumpulan dijangka menambahkan pelaburan? Apakah pulangan pelaburan (ROI) yang diharapkan?
  3. Adakah pembangunan kasino ini melibatkan apa-apa pinjaman? Jika ada, apakah status pembayaran balik?
  4. Adakah kerugian daripada rosotnilai yang berjumlah RM1,834.3 juta ini hanya meliputi nilai nota janji hutang atau termasuk kos tambahan lain? Apakah kebarangkalian pemulihan kerugian rosotnilai ini dan bilakah keputusannya dijangka dapat diketahui?

Adventa Bhd
(AGM)

Perkara audit utama yang diketengahkan dalam Laporan Tahunan 2018 (halaman 33 dan 34) oleh juruaudit adalah seperti berikut:-

a)  kerugian rosotnilai berjumlah RM21,674,917 ke atas kos pembangunan dan RM193,169 ke atas muhibah yang timbul daripada perniagaan dialisis buah pinggang;

b)  kerugian rosotnilai berjumlah RM37,400,000 ke atas pelaburan dalam anak syarikat, Lucenxia (M) Sdn Bhd; dan

c)  kerugian rosotnilai berjumlah RM1,731,091 ke atas penghutang perdagangan.

  1. Adakah Syarikat menjangka terdapat pertambahan rosotnilai dalam TK2019 dalam setiap item ini dan jika ada, berapakah jumlahnya?

(ii)  Dalam MD&A (halaman 4 Laporan Tahunan 2018), dinyatakan bahawa penurunan nilai dalam perniagaan dialisis di rumah dalam (a) dibuat atas tujuan berhemat berikutan penangguhan pelancaran dalam pasaran. Bagaimanakah Lembaga Pengarah melihat hala tuju dan potensi perniagaan ini pada masa hadapan apabila rosotnilai yang ketara sudah dibuat terhadap perniagaan ini?

Perak Corporation Berhad
(AGM)

1)   Kami merujuk pengumuman di laman web Bursa Malaysia pada 30 April 2019 yang mana juruaudit bebas Syarikat telah memasukkan suatu penyataan Ketidakpastian Penting yang berkaitan Usaha Berterusan dalam laporan mereka mengenai penyata kewangan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Antara isu tersebut ialah:

  1. Kumpulan mengalami kerugian bersih berjumlah RM170.9 juta pada tahun berakhir 31 Disember 2018. Sehingga tarikh tersebut, liabiliti semasa Kumpulan melebihi aset semasa sebanyak RM316.5 juta. Kumpulan juga mempunyai kedudukan aliran tunai negatif berjumlah RM68,902 pada 31 Disember 2018.
  2. Rosotnilai hartanah, loji dan peralatan (PPE)

Kajian semula ke atas rosotnilai menyebabkan kerugian penurunan nilai kepada PPE berjumlah RM18.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

  1. Rosotnilai pelaburan dalam subsidiari

Kerugian yang berterusan dalam anak syarikat dan defisit dalam dana pemegang saham serta aliran tunai operasi negatif yang dilaporkan oleh sebuah syarikat subsidiari menunjukkan bahawa nilai dibawa pelaburan dalam anak syarikat mungkin terjejas.

  1. Bilakah prestasi Kumpulan dijangka bertukar kepada keuntungan?

b) Sila jelaskan bagaimana Kumpulan dapat memperbaiki kedudukan liabiliti semasa melebihi aset semasa sebanyak RM316.5 juta dan kedudukan aliran tunai yang negatif berjumlah RM68,902 pada 31 Disember 2018.

  1. Apakah faktor utama yang menyumbang kepada kerugian rosotnilai PPE? Adakah berkemungkinan berlaku pertambahan kerugian rosotnilai dalam TK2019?
  2. Apakah kemungkinan berlaku rosotnilai pelaburan dalam subsidiari pada TK2019?

2.  Sila jelaskan rasional pelantikan pengarah berikut terutama dari sudut pandang komitmen masa memandangkan Syarikat berada dalam keadaan terdesak:

  1. Tuan Mohd Ariff Bin Yeop Ishak 

Selain memegang jawatan Pengerusi PerakCorp, yang sedang menghadapi masalah, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PNKP dan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Majuperak Holdings Berhad, sebuah lagi syarikat tersenarai awam.

  1. Mohamed Shafeii Bin Abdul Gaffoor

Selain memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PerakCorp, beliau juga Pengerusi Majuperak Holdings Berhad dan Kossan Rubber Industries Berhad, kedua-duanya syarikat tersenarai awam.

  1. YB Chong Zhemin

Ahli Dewan Undangan Negeri Keranji dalam Majlis Perundangan Negeri Perak dan Rakan Kongsi Chong Zhemin & Co.

  1. YB Ng Shy Ching

Ahli Dewan Undangan Negeri Teja dalam Majlis Perundangan Negeri Perak.

MSM Malaysia Holdings Bhd
(AGM)

Seperti yang dilaporkan dalam Ulasan Pengarah Eksekutif di halaman 29 Laporan Tahunan, jumlah eksport gula halus menyusut 21% berbanding TK2017. Pada TK2018, MSM mengeksport 136,497 tan metrik gula halus kepada 13 negara di seluruh dunia (halaman 38 Laporan Tahunan).

  1. Apakah yang menyebabkan penurunan jumlah eksport?
  2. Seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Pengerusi di halaman 5 Laporan Tahunan, Syarikat mensasarkan pasaran serantau dan antarabangsa baharu untuk meluaskan perniagaannya serta mengurangkan pergantungan terhadap pasaran domestik.

Negara manakah yang disasarkan Syarikat untuk mengembangkan pasarannya?

Amalgamated Industrial Steel Bhd
(AGM)

Melangkah ke hadapan, Kumpulan sudah bersedia untuk memanfaatkan pasaran yang semakin kukuh dengan pelancaran pembangunan kediamannya pada separuh pertama 2019 dan berharap untuk melihat sumbangan pertama daripada bahagian pembangunan hartanahnya ini.

Berapakah sumbangan keuntungan yang disasarkan oleh pembangunan ini kepada Kumpulan dalam tempoh dua tahun akan datang? (Halaman 16 Laporan Tahunan 2018)

Mudajaya Group Bhd
(AGM)

1.    Nisbah penggearan Kumpulan meningkat daripada 116.6% pada TK2017 kepada 365.2% pada TK2018 (Halaman 16 Laporan Tahunan 2018).

Apakah tindakan yang diambil untuk menambah baik tahap penggearan? Apakah nisbah penggearan optimum yang ingin dicapai oleh Mudajaya dalam jangka panjang?

2.       Kontrak pembinaan

a)  Segmen ini mencatatkan kerugian berjumlah RM23,907,000 dalam TK2018 (TK2017: Keuntungan sebanyak RM21,919,000) (Halaman 182 Laporan Tahunan 2018).

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Lembaga untuk memperbaiki prestasi segmen ini? Adakah segmen ini dijangka memperoleh keuntungan pada TK2019?

b)  Berapa banyakkah kontrak yang berpotensi yang dijangka oleh Kumpulan setakat ini? Sila jelaskan kebarangkalian Syarikat akan diberikan kontrak baharu pada TK2019.

c)  Apakah sasaran tempahan pesanan Kumpulan untuk tiga tahun akan datang?

Sunway Construction Group Bhd
(AGM)

Tempoh kredit perdagangan Kumpulan kepada para pelanggan pada umumnya adalah untuk tempoh 30 hari hingga 90 hari.

Dalam analisis pengusiaan penghutang perdagangan Kumpulan, Kumpulan telah memperuntukkan rosotnilai masing-masing berjumlah RM1.98 juta dan RM0.57 juta untuk penghutang perdagangan dengan tempoh kredit yang sudah lampau sehari sehingga 30 hari dan 31 sehingga 60 hari dalam TK2018. (Halaman 258 Laporan Tahunan).

  1. Apakah yang menyebabkan kerugian rosotnilai?
  2. Segmen perniagaan manakah yang menyumbang kepada kerugian rosotnilai ini?
  3. Apakah kemungkinan jumlah ini dilupuskan pada masa akan datang?

Genting Bhd
(AGM)

Seperti yang dinyatakan di halaman 51, Genting Power Holdings Limited (“Genting Power”) menerajui perniagaan tenaga Kumpulan. Jumlah kasar kapasiti pemasangan dianggarkan 5,135MW pada 31 Disember 2018. Halaman 31 melaporkan bahawa pendapatan bahagian untuk 2018 sebahagian besarnya diperoleh daripada penjualan elektrik oleh loji jana kuasa Banten di Indonesia manakala pendapatan pada 2017 diperoleh daripada pembinaan loji jana kuasa tersebut sebelum operasi komersialnya dimulakan pada 28 Mac 2017 dan penjualan elektrik selepas itu.

  1. Apakah rancangan Syarikat untuk memperluas keupayaannya dalam perniagaan tenaga termasuk tenaga boleh diperbaharui melalui M&A?
  2. Adakah pendapatan bahagian ini dijangka lebih tinggi pada 2019 dan seterusnya? Apakah pula tempoh kontrak penjualan tenaga elektrik?

Xidelang Holdings Ltd
(AGM)

Nota 11 (a) kepada Penyata Kewangan di halaman 103 Laporan Tahunan menyatakan bahawa tunai di bank Kumpulan yang berjumlah RMB805.9 juta adalah tertakluk pada kadar faedah purata wajaran 0.3%.

Mengapakah wang tunai ini tidak diletakkan dalam akaun deposit masa yang menghasilkan pulangan lebih tinggi daripada 0.3%?

Aeon Credit Service (M) Bhd
(AGM)

Merujuk halaman 25, Laporan Tahunan 2018, dalam perniagaan kad kredit, sejumlah hampir 280,000 kad kredit utama sudah diedarkan dalam tahun kewangan semasa.   

  1. Berapakah jumlah kad kredit dalam edaran yang disasarkan untuk tempoh 3 tahun akan datang?
  2. Berapakah jumlah titik pulang modal untuk kad dalam edaran supaya perniagaan ini memperoleh keuntungan?
  3. Apakah perkembangan dan jumlah pengambilan untuk Kad AEON Platinum yang baru dilancarkan pada 2018?
  4. Apakah nisbah akaun tidak berbayar semasa untuk perniagaan ini?

KYM Holdings Bhd
(AGM)

Nota 5 kepada Penyata Kewangan di halaman 72 dan 73 Laporan Tahunan menunjukkan 64% atau RM48.306 juta pelaburan dalam anak-anak syarikat telah mengalami rosotnilai.

  1. Anak syarikat manakah yang mengalami kerugian rosotnilai ini?
  2. Apakah prospek anak-anak syarikat ini dan apakah rancangan untuk anak syarikat yang mengalami kerugian?
  3. Kami mendapati ada dua belas anak syarikat yang tidak aktif. Apakah rancangan untuk anak-anak syarikat tidak aktif ini?

Sunway Bhd
(AGM)

Keuntungan Sebelum Cukai Kumpulan pada TK2017 terjejas disebabkan kerugian rosotnilai ke atas kemudahan Park N’ Ride Bas Rapid Transit (“BRT”). (halaman 44 Laporan Tahunan).

  1. Adakah terdapat kerugian rosotnilai bagi kemudahan Park N’ Ride BRT pada TK2018?
  2. Berapakah jumlah kerugian daripada rosotnilai bagi kemudahan Park N’ Ride BRT pada TK2017?
  3. Adakah kemudahan Park N’ Ride BRT menyumbang kepada PBT Kumpulan? Jika tidak, bilakah prestasinya dijangka pulih?

 

Language: