MSWG Weekly Newsletter 09 March 2018 (BM)

Friday, 9 March, 2018

09.03.2018

 

PANDANGAN RINGKAS MSWG TENTANG PERKEMBANGAN KORPORAT SEMASA

MULTI-USAGE HOLDINGS BERHAD (“MUH”)

MUH telah memberikan notis bertarikh 5 Mac 2018 yang menyatakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 25 yang ditangguhkan akan diadakan pada 12 Mac 2018.

[Sumber: Pengumuman MUH di laman web Bursa Malaysia pada 2 Mac 2018]

KOMEN MSWG:

Tempoh notis AGM yang ditangguhkan ini cuma 7 hari dan ia tidak mematuhi Seksyen 318 yang dibaca bersama 316(2)(a) Akta Syarikat 2016 yang menyatakan tempoh notis AGM yang ditunda selama tiga puluh hari atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya 21 hari.

Lembaga pengarah perlu menjelaskan kepada para pemegang saham sebab-sebab mereka memberikan tempoh hanya 7 hari untuk AGM yang Ditangguhkan. Sementara itu, kami berharap pengawal selia yang berkaitan akan menyiasat perkara ini bagi memastikan syarikat tidak melanggar apa-apa peraturan yang merugikan pemegang saham.

Kami juga mendapati syarikat masih mengadakan AGM Yang Ditangguhkan di AVANI Sepang Goldcoast Resort walaupun kami sudah mengetengahkan dalam AGM sebelum ini yang diadakan pada 29 Disember 2017 iaitu lembaga pengarah perlu memudahkan penyertaan pemegang saham dengan mengadakan AGM di lokasi yang kondusif bagi memudahkan kehadiran para pemegang saham. Lembaga pengarah menyatakan mereka maklum akan komen kami.

Pada pendapat kami, AVANI Sepang Goldcoast Resort, Kg. Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor bukanlah lokasi yang sesuai untuk menggalakkan penyertaan pemegang saham.

Wakil MSWG akan menghadiri AGM yang dicadangkan (ditangguhkan) bagi mendapatkan penjelasan daripada lembaga pengarah mengenai tempoh notis 7 hari dan untuk memantau pelaksanaan AGM yang dicadangkan (ditangguhkan).


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 12 HINGGA 16 MAC 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

12.03.18 (Isnin)
09.00 pagi

Multi-Usage Holdings Bhd
(AGM)

AVANI Sepang Goldcoast Resort, Kg. Bagan Lalang, Sungai Pelek, Selangor

12.03.18 (Isnin)
10.00 pagi

Hartalega Holdings Bhd
(EGM)

Pusat Konvensyen Sime Darby, No. 1A, Jalan Bukit Kiara 1, KL

13.03.18 (Selasa)
11.00 pagi

ATTA Global Group Bhd 
(EGM)

ATTA Global Group Berhad, Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang

 

Perkara penting untuk diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

ATTA Global Group Bhd (EGM)

  1. Cadangan diversifikasi menandakan penglibatan pertama Syarikat dalam pembangunan hartanah. Bolehkah Lembaga kongsikan perkara berikut?:

•      segmen pasaran hartanah dan jenis pembangunan yang akan difokuskan;

•      risiko yang terlibat dan cara syarikat menanganinya;

•      bagaimana syarikat berhasrat membina kepakaran yang diperlukan secara dalaman atau luaran; dan

•      bagaimana syarikat merancang untuk meningkatkan bank tanah pada masa depan dan pembiayaan yang diperlukan

2)    Projek pembangunan bercampur yang terletak di bahagian selatan Pusat Bandaraya George Town, yang dikenali sebagai Bukit Kecil, Sungai Nibong akan dibangunkan di atas sebidang tanah berukuran 2,918 meter persegi dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar dan Kos Pembangunan Kasar masing-masing berjumlah RM72.3 juta dan RM55.8 juta.

(i)    Apakah nilai pasaran tanah itu dan adakah terdapat apa-apa penilaian dijalankan baru-baru ini?

(ii)   Apakah harga jualan purata yang disasarkan untuk kondominium dan unit pejabat?

3)    Halaman 5 dalam Pekeliling menyatakan komitmen kewangan ATTA untuk projek pembangunan hartanah akan mencapai nilai maksimum iaitu RM12.1 juta. Halaman 6 dalam Pekeliling pula menyatakan harga pembelian bagi 10 unit banglo ialah RM10 juta. Kedua-duanya akan dibiayai oleh dana dalaman dan/ atau pinjaman bank.

Adakah pelaksanaan diversifikasi ini memberi kesan negatif terhadap keperluan aliran tunai Syarikat memandangkan perniagaan sekerap logamnya memerlukan perbelanjaan tunai yang besar untuk mendapatkan bahan mentah?


Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Wong Kin Wing, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 
Elaine Choo, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected] 

Abdul Halim Alias, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

 

Mustaqim Yusof, Penganalisa, Khidmat Korporat [email protected]

Muhammad Faris bin Mohamed Yusof, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]


PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•               Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

Language: