MSWG Weekly Newsletter 07 Dec 2018 (BM)

Friday, 7 December, 2018

07.12.2018

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

 

Apabila Juruaudit Luar Meletakkan Jawatan Selepas Hanya Beberapa Bulan Dilantik Semula

Pada 4 Disember 2018, Scomi Group Bhd mengumumkan bahawa pada hari yang sama, Syarikat telah menerima notis secara bertulis daripada Tetuan KPMG PLT (“KPMG”) yang menyatakan peletakan jawatan mereka sebagai Juruaudit Syarikat.

KPMG telah dilantik semula sebagai Juruaudit Syarikat dalam mesyuarat agung tahunan (“AGM”) mutakhir Syarikat yang diadakan pada 24 Ogos 2018 dan mereka sepatutnya memegang jawatan itu sehingga tamat AGM Syarikat yang akan datang.

Pengumuman Syarikat turut menyatakan bahawa peletakan jawatan itu adalah disebabkan kegagalan mendapatkan persetujuan tentang bayaran Juruaudit.

Peletakan jawatan Juruaudit ini berlaku kurang empat bulan selepas mereka dilantik semula. Perkara ini pasti mengejutkan dan mendatangkan kebimbangan yang serius terutama kepada para pemegang saham.

 

Trend yang Semakin Meningkat

Sejak kebelakangan ini, kami telah menyaksikan beberapa kes juruaudit luar meletakkan jawatan disebabkan kegagalan mempersetujui bayaran juruaudit dan ia berlaku beberapa bulan selepas juruaudit dilantik semula.

 

Kebimbangan terhadap Peletakan Jawatan Disebabkan oleh Bayaran Juruaudit

Audit luar adalah perkara asas penting dalam tadbir urus korporat yang baik seperti yang dimandatkan di bawah Akta Syarikat 2016.

Peletakan jawatan juruaudit luar umumnya membimbangkan pemegang saham minoriti dan pelaksanaannya perlu lebih telus.

Kami pasti bayaran juruaudit sudah pun dipersetujui sebelum juruaudit luar menerima pelantikan semula. Namun, mengapakah timbul percanggahan pendapat berkaitan bayaran juruaudit selepas hanya beberapa bulan?

Biasanya juruaudit luar akan menaikkan bayaran apabila terdapat peningkatan dalam skop kerja (termasuk pertambahan dalam kerumitan tugasan). Namun perkara ini biasanya tidak berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh masa beberapa bulan. Sudah tentu juruaudit luar sudah maklum tentang skop kerja dan bayaran yang dipersetujui sebelum menerima pelantikan semula.

Syarikat sepatutnya bertanggungjawab memaklumkan apabila ada pertambahan ketara dalam skop dan beban kerja, jika peningkatan ini menjurus kepada peningkatan bayaran juruaudit, seterusnya mewujudkan perselisihan yang membawa kepada peletakan jawatan juruaudit luar.

 

Apakah risikonya?

Risiko akan timbul mungkin kerana juruaudit luar perlu mencari jalan keluar daripada situasi yang tidak menyenangkan, (misalnya terdapat situasi penipuan kewangan atau ada potensi isu serius yang tidak dapat dipersetujui di antara juruaudit dan pengurusan syarikat). Mahu tidak mahu, juruaudit luar mencari jalan menaikkan bayaran audit bagi ‘memaksa’ syarikat menerima peletakan jawatan mereka. Satu mekanisme untuk memutuskan hubungan dengan syarikat tanpa mendedahkan alasan sebenar, mungkin sebelum terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

 

Apa yang Diperlukan?

Apabila berlaku situasi sebegini, syarikat perlu telus dengan membuat pengumuman yang menyatakan:-

  • bayaran audit yang dikenakan oleh juruaudit luar berbanding tahun sebelumnya (yang menyebabkan mereka meletakkan jawatan):
  • alasan yang diberikan oleh juruaudit luar untuk menaikkan bayaran audit: dan
  • alasan syarikat untuk tidak bersetuju dengan bayaran audit yang dicadangkan.

Melihat dari perspektif pengawalseliaan, Lembaga Pengawasan Audit (AOB) perlu bersemuka dengan juruaudit luar apabila ada ‘percanggahan tentang bayaran juruaudit’ terutama apabila ia berlaku tidak lama selepas pelantikan semula. Tambahan pula, bayaran juruaudit sudah pun dipersetujui sebelum mereka menerima pelantikan semula.


TINJAUAN MINGGUAN AGM MSWG UNTUK TEMPOH 10 HINGGA 14 DISEMBER 2018

Berikut adalah AGM/EGM syarikat-syarikat di bawah senarai pemantauan MSWG pada minggu ini.

Ringkasan perkara penting disenaraikan di bawah, manakala butiran terperinci soalan yang diajukan kepada syarikat boleh didapati di laman web MSWG di www.mswg.org.my

Tarikh & Masa

Syarikat

Lokasi

12.12.18 (Rabu)
10.00 pagi

YTL Power International Bhd
(AGM)

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, Jln Bukit Bintang, KL

12.12.18 (Rabu)
12.45 tengah hari

YTL Corporation Bhd
(AGM)

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, Jln Bukit Bintang, KL

12.12.18 (Rabu)
03.00 petang

YTL Land & Development Bhd
(AGM)

JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, Jln Bukit Bintang, KL

13.12.18 (Khamis)
09.30 pagi

Seal Incorporated Bhd
(AGM)

Olive Tree Hotel, Olive 6 & 7, Level 6, No. 76 Jalan Mahsuri, Bayan Lepas, Penang

13.12.18 (Khamis)
03.00 petang

MUI Properties Bhd
(AGM)

Corus Paradise Resort Port Dickson, Negeri Sembilan

13.12.18 (Khamis)
04.00 petang

Malayan United Industries Bhd
(AGM)

Corus Paradise Resort Port Dickson, Negeri Sembilan

 

Salah satu perkara penting yang diajukan:

Syarikat

Perkara/ Isu Untuk Diajukan

YTL Power International Bhd
(AGM)

Apakah yang menyebabkan penurunan kira-kira 60% dalam pendapatan operasi lain, iaitu daripada RM102.9 juta dalam TK2017 kepada RM41.2 juta pada TK2018 (halaman 103 Laporan Tahunan 2018)?

YTL Corporation Bhd
(AGM)

Projek Pembinaan/ Infrastruktur (halaman 40 hingga 41, Laporan Tahunan):-          

  • Adakah syarikat mendapat apa-apa projek infrastruktur baharu selain landasan berkembar Gemas-Johor Bahru yang sedia ada?

YTL Land & Development Bhd
(AGM)

Nilai boleh direalisasi bersih bagi hartanah yang dipegang untuk dijual meningkat RM1.93 bilion pada TK2018 berbanding Tiada pada TK2017.

  • Sila jelaskan peningkatan mendadak dalam jumlah hartanah yang dipegang untuk dijual.
  • Sila nyatakan pecahan amaun mengikut projek hartanah, lokasi dan nilainya.
  • Apakah langkah yang diambil untuk melangsaikan hartanah yang belum dijual?

Seal Incorporated Bhd
(AGM)

Nota 17 Laporan Tahunan menyatakan, subsidiari Syarikat, Seal City Sdn Bhd (“Seal City”), telah melupuskan sebidang tanah pegangan bebas kepada pihak ketiga dengan balasan berjumlah RM30 juta.

  • Mengapakah Seal City melupuskan tanah itu?
  • Apakah impak kewangan daripada pelupusan itu kepada keputusan kewangan Kumpulan?
  • Siapakah pembeli tanah tersebut?

 

MUI Properties Bhd
(AGM)

 

 

Saranan Audit Utama - Kebolehpulihan Penghutang (halaman 48 Laporan Tahunan 2018 dan Nota 17 kepada Penyata Kewangan)

Termasuk dalam penghutang Kumpulan adalah amaun berjumlah RM101.0 juta yang merupakan pendahuluan kepada syarikat bersekutu, yang mewakili 57.4% daripada jumlah keseluruhan penghutang pada 30 Jun 2018.

Apakah peluang syarikat untuk mendapatkan semula jumlah ini dan bilakah ia dijangka dipulihkan semula?


PASUKAN MSWG

Devanesan Evanson, Ketua Pegawai Eksekutif, [email protected]

Lya Rahman, Pengurus Besar, [email protected]
Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat, [email protected]
Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Hoo Ley Beng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected]
Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat, [email protected] 

Lim Cian Yai, Penganalisa Kanan, Pemantauan Korporat, [email protected]


 

PENZAHIRAN KEPENTINGAN

•        Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini, kecuali bagi Computer Forms (Malaysia) Berhad dan SMRT Holdings Bhd.


Maklumbalas

Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].


PENOLAKAN TUNTUTAN

Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholders Watch Group (MSWG).

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan.

MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula.

MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.

 

 

Language: